Header Ads

ads header

Flash News

Selangor akan laksana ‘mass test’, tangani Covid-19 tanpa simptom


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melaksanakan “mass test” Covid-19 di beberapa kawasan mulai Jumaat ini bagi membantu Kementerian Kesihatan menangani penularan wabak berkenaan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata usaha tersebut merupakan strategi Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri berikutan terdapat kes positif dikesan tanpa sebarang simptom wabak berkenaan.

“Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang tinggi di negeri ini memang membimbangkan namun saya lebih bimbang kalau ada kes yang tidak dapat dikesan (kes tanpa simptom).

“Disebabkan itu, kita akan menambah jumlah ujian saringan dan berdasarkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, 2 3 tempat dikenal pasti bagi dilaksanakan ‘mass test’.

“Kita sasarkan 1,000 hingga 1,200 saringan akan dilakukan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan konvoi bantuan belia siswa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang membawa sumbangan makanan untuk diagihkan kepada kira-kira 1,700 pelajar institusi pengajian tinggi yang tidak dapat pulang ke kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Amirudin, semakin banyak ujian saringan dilakukan, trend jangkitan di lokasi tertentu akan dapat dikesan dan langkah menanganinya boleh diperhebatkan.

“Berdasarkan rekod kita, daripada keseluruhan kes, ada lebih 225 kes tiada simptom wabak seperti demam, selsema dan sebagainya tetapi mereka positif Covid-19.

“Jadi, jika kita dapat kawal satu-satu kawasan dan lakukan ujian saringan terhadap mereka di situ, kita boleh lihat trendnya. Semakin banyak ujian dilakukan, kita akan dapat jejaki rantaian jangkitan untuk diputuskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai penahanan seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana ingkar PKP baru-baru ini, Amirudin berkata pihak berkuasa tempatan itu akan mengenakan tindakan disiplin terhadap lelaki berkenaan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan