Sebaiknya negara 'lockdown' (PKP) sehingga 1 Julai
Kenapa saya mencadangkan 1 hb Julai? Mendengar tarikh lockdown tersebut tentu ramai yg akan marah. Mungkin ada yg maki hamun mengatakan saya gila, bodoh, pentingkan diri sendiri, nak biar huru hara dan macam2 lagi.
Sabar sila baca hingga habis...
tarikh itu pun jika sehingga hujung April ini peningkatan terus berlaku.
Jujur saya tidak nampak Covid-19 boleh diselesaikan dlm tempoh singkat.
Utk wabak ini saya jangkakan paling awal 3 bulan dan kesan ekonominya
bertahun.
Kita memulakan PKP bermula 18 Mac.
Sebelum itu peningkatan mula mendadak apabila negara tidak berkerajaan
lebih dari 10 hari hingga terlepas pandang berlaku himpunan Tabligh dan
Himpunan agama Hindu.
Kemudian apabila
diumumkan PKP arahan itu terlalu umum tanpa mekanisma kpd rakyat
akhirnya PKP itu difahami rakyat Malaysia seperti holiday. Hingga
ratusan ribu rakyat Malaysia pulang ke kampung.
Lebih
parah beberapa IPT mengarahkan pelajar mereka pulang ke kampung dlm
tempoh 24 jam. 3 faktor itu adalah kesilapan awal kerajaan. Benda dah
jadi bukannya saya nak cari salah siapa tapi yg mendatang ini jgn lagi
berlaku kesilapan yg lain.
Mengapa 1 Julai? Ini
kerana hari raya jatuh pada 23 atau 24 hb Mei. Jutaan umat Islam akan
pulang berhari raya. Kita perlu ingat Covid-19 tersebar cepat keluar
dari China atau bandar Wuhan apabila warga China bercuti sempena Chinese
New Year. Ia merebak begitu pantas dan di Itali ia bermula dari 2
pelancong China.
Saya ingin tanya kita mahu
pemulihan seperti China atau mahu musnah menjadi seperti Itali. China
berjaya kerana mereka menggunakan kaedah yg sama 110 tahun dahulu dlm
menangani wabak virus.
Saya mengambil hujah
dari satu bahan bacaan yg dimuatkan oleh seorang rakan. China merupakan
satu satunya negara contoh yg dunia boleh ikut sekarang sebab mereka dah
proven berjaya membendung wabak Covid 19 dgn segala prosedur dan aturan
yg efektif.
Negara Asia lain dan negara2
Eropah, hatta WHO pun somehow bagi saranan ikut garis panduan
pencegahan/rawatan/kawalan yg China buat.
Tapi
China pula ikut siapa? China tidak ikut siapa siapa. China cuma ikut dan
taat pada lesson sejarah wabak yang telah mereka lalui di masa dahulu.
Itulah rujukan utama yg China buat dan praktiskan demi survival mereka (dan dunia) dlm menangani serangan Covid 19.
Mengikut
sejarah moden, turning point kpd lembaran pembangunan kajian wabak,
jangkitan virus, cara pencegahan, SOP keselamatan, dan kajian yg lebih
serius ke atas penyakit jangkitan di China hanya bermula sekitar 110
tahun yg lalu.
Lebih tepat, pada 1910 ketika
sebuah kota yg sedang pesat membangun di timur laut China (masa tu kita
panggil wilayah Manchuria) tiba2 dilanda penyakit aneh.
Kota dimaksudkan adalah Harbin. Harbin ni dalam province Heilonjiang, province paling utara di negara China.
Masa
ni tengah pesat perindustrian terutamanya pembinaan railway Trans
Siberia bahagian timur. Ratusan malah ribuan pekerja dari Russia yg dtg
ke Harbin, daripada jurutera sampai lah ke pekerja buruh.
Pada Oktober 1910 tercetusnya The Great Manchurian Plague, sejenis wabak hawar berkait pneumonia yg sgt devastating.
Bulan
pertama selepas wabak yg tak terkawal, kerajaan China menghantar
seorang doktor ke Harbin atas suatu tugas, mengkaji dan mencari penawar
kpd Manchurian outbreak.
Doktor ini bukan
sebarangan. Beliau merupakan bangsa Cina pertama di dunia yg diterima
masuk ke Cambridge pada tahun 1896 dgn biasiswa penuh.
Seorang
doktor merangkap researcher yg genius bernama Wu Lien Teh. Di Harbin,
Dr Wu buat post mortem ke atas mangsa wabak hawar dan itu lah post
mortem mayat pertama dilakukan dlm sejarah perubatan di China.
Doktor
Wu berhempas pulas menyakinkan Russia, China dan Jepun (Jepun pun
involve di Harbin pasca Russo-Japanese War) utk berhentikan semua
pergerakan keretapi, tutup station, kawal ketat border kerana dia dah
jumpa punca wabak.
Human to human interaction. Virus yg boleh survive dlm airborne dan berjangkit dgn sentuhan.
Ketika
itu, belum pernah dlm sejarah wabak terjangkit sebegitu dan penemuan
doktor Wu serta saranan beliau tentang kaedah preventive measures
terpaksa diikut oleh interested power di Harbin iaitu Russia, China dan
Japan.
Cadangan Dr Wu, Harbin diarah lockdown
(juga pertama kali dlm sejarah China). Mewajibkan pakai facemask (ramai
doktor lain tak percaya cakap doktor Wu ketika itu ).Mayat dibakar utk
matikan virus. Stesen keretapi semua ditutup.
Selepas
4 bulan, walaupun korban nyawa di Harbin melangkau 60,000 org tetapi
China dan dunia sangat berterima kasih kepada Dr Wu. Tanpa kebijaksanaan
Dr Wu, entah berapa ratus ribu atau juta nyawa boleh melayang akibat
Manchurian Outbreak.
Dr Wu terus membantu China
menangani beberapa lagi siri outbreak, antaranya Outbreak di Siuyan
1917. Kolera dan Spanish Flu di Harbin 1919,
Kolera di Shanghai 1935. Selain itu, Dr Wu turut bantu negara China set up beberapa institusi.
Terlibat
secara langsung dlm penubuhan Peking University Hospital. Dan pada
tahun 1935 nama Dr Wu dapat pencalonan Noble Prize,tapi tak menang.
China
menganggap Dr Wu sebagai dewa yg turun membuka mata mereka tentang
perspektif perubatan moden. Dia diangkat sebagai Father of the Chinese
Modern Medicine. Dr Wu Lien Teh merupakan legend dlm sejarah perubatan
moden di China.
Dan persoalan seterusnya, kenapa aku dok borak hal sejarah perubatan moden China dan jasa Dr Wu Lien Teh ni?
Sebabnya
Dr Wu Lien Teh merupakan bangsa Cina pertama di dunia yg belajar di
Cambridge ni merupakan rakyat negara kita, Rakyat Tanah Melayu! Org
Malaysia.
Pada tahun 1896 Wu Lien Teh berlayar
ke London dari Pulau Pinang. Dia lahir di Pulau Pinang, belajar di
Penang Free School, merupakan anak jati Pulau Pinang.
Dr
Wu balik ke Tanah Melayu dan tinggal di Ipoh berkhidmat sebagai doktor
biasa, sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Doktor Wu Lien Teh meninggal
dunia pada 21 Januari 1960 di Pulau Pinang. Jasanya kpd negara China
terlalu besar.
110 tahun selepas Harbin,
kerajaan China hari ini mengunakan semula segala ilmu dan pengalaman
seorang anak Tanah Melayu yg diiktiraf sebagai mahaguru, maulana,
sarjana, legenda dan godfather perubatan.
Kepakaran
formulanya menyelamatkan ribuan malahan jutaan nyawa manusia digunakan
kembali China utk mengatasi Covid 19 bukan sahaja di China, malahan
menjadi ikutan di seluruh dunia.
Dr Hu mengambil masa 4 bulan utk lockdown. Jadi sewajarnya Malaysia gunakan formula China dan bukannya Itali atau Sepanyol.
Itali
dan Sepanyol bukan sahaja kerajaannya lambat bertindak sepertimana
berlaku di Amerika ketika ini yg masih berdegil utk lockdown... tetapi
ketiga tiga negara ini kerana rakyatnya tidak memberi kerjasama yg baik
kpd kerajaan.
Adakah kita Malaysia mahu jadi
seperti mereka. Di mana mayat2 hanya dicampakkan ke dalam satu liang
lahat? Di mana kita tidak dpt melihat kali terakhir wajah2 org
tersayang?
Pun begitu kerajaan Malaysia
mestilah mengambil pendekatan yg lebih simple dlm membantu Cik Kiah dan
org sepertinya. Buat seperti Thailand setiap warganegaranya akan
menerima RM 600 ( tidak silap ) sebulan dgn hanya mengisi secara online.
Negara
kita masih kabur bagaimana kerajaan mahu menyalurkan bantuan mereka.
Malah lebih parah hujung bulan April baru diterima. Selain itu kerajaan
mestilah mengambil pendekatan setiap daerah sudah boleh standby Dewan
utk digunakan bagi pesakit Covid-19.
Tawarkan
segera sukarelawan kpd rakyat Malaysia. Beli segera segala keperluan
perubatan dan keperluan lain terutama katil dan pembaikan dewan2 seperti
bilik air, ruang solat dan sebagainya.
Utk IPT
kerajaan jgn buat silap. Hentikan pembelajaran secara online kerana
ramai yg beranggapan sukar apatah lagi mental down utk berbuat demikian.
Lebih baik declare sahaja bermula 18 hb Mac sehingga 1 hb Julai adalah
cuti Sem menggantikan cuti Sem Julai hingga September agar pelajar dan
keluarga lebih bersedia dari awal.
Rakyat
Malaysia kita perlu bersabar dgn kesusahan ini. Datuk nenek kita dulu
tanpa Internet, tanpa Astro, tanpa Smartphone mampu mendisiplinkan diri
ketika darurat. Boleh makan ubi, nasi dan garam.
Kita
terkurung tetapi masih boleh hubungi anak di US. Boleh video call dgn
kekasih di UK. Boleh whatsapp dgn kawan2 di seluruh negara dan dunia,
boleh makan ais krim sambil menonton movie Korea. Kita hanya perlu
berdisiplin seperti 20 juta rakyat Wuhan dan Hubei.
Mahu
tidak mahu kita kena stopkan virus ini dahulu walaupun ekonomi
menjunam. Jika kita tidak sabar bukan sahaja angka kematian di luar
jangkaan tetapi ekonomi juga akan musnah. Ingatlah punca utama kegagalan
kerana kita cepat berputus asa bila ada sedikit dugaan.
MR : Lama sangat ..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Yang paling penting usaha menghasilkan vaksin penawar Covid. Ya Allah semoga dipermudahkan demi rakyat Malaysia.
BalasPadam