Header Ads

ads header

Flash News

Kedai Hardware, Alat Ganti Kenderaan Dibenar Beroperasi Dua Hari Seminggu di Terengganu


KUALA TERENGGANU
, 8 April - Kerajaan Terengganu membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu mulai semalam di sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April depan.



Kenyataan bertarikh 6 April itu memaklumkan, perkhidmatan dan perniagaan kedai baja, kedai hardware, kedai menjual makanan haiwan dan kedai menjual alat ganti kenderaan hanya dibenar dibuka pada hari Isnin dan Khamis bermula 7 pagi hingga 2 petang.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, premis keperluan harian seperti pasaraya dan kedai runcit, premis kedai makan dan restoran (pandu lalu dan bungkus) serta farmasi atau kedai ubat boleh dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 6 petang.

Turut dibenar beroperasi setiap hari adalah pasar awam (7 pagi hingga 12 tengah hari), pasar borong (3 pagi hingga 9 pagi), klinik swasta (7 pagi hingga 9.30 malam) dan pusat pembaikian dan servis kenderaan (9 pagi hingga 2 petang).

Di samping, perkhimatan isian petrol dan diesel dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup jam 8 malam setiap hari.

"Kedai serbaneka di stesen minyak pula dibuka pada waktu yang sama tetapi ditutup 6 petang," ujar kenyataan itu.

Manakala, kompleks perniagaan, gerai makan tepi jalan, penjaja beredar, pasar malam, pasar pagi dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan