Header Ads

ads header

Flash News

5 kematian covid-19 kerana jangkitan daripada pesakit yang menyembunyikan maklumat ke Itali


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati masyarakat supaya memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid, termasuk tidak menyembunyikan sejarah perjalanan keluar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan yang dijalankan, terdapat 1 kluster daripada kes indeks positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali.

Kesan daripada kluster itu 37 orang disahkan positif COVID-19, termasuk 5 kes kematian berpunca daripada individu terbabit.

“KKM ingin menegaskan bahawa adalah amat penting supaya masyarakat memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, sejarah perjalanan keluar negara atau kehadiran ke perhimpunan yang diumumkan oleh KKM sebagai berkait rapat dengan penularan jangkitan Covid-19.

“Sebagai contoh, hasil siasatan yang dijalankan, terdapat 1 kluster yang wujud daripada kes indeks positif Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali (kes ke-1580).

“Setakat ini, daripada kluster tersebut 37 orang disahkan positif Covid-19, dan terdapat 5 kes kematian (iaitu kes ke-1031, 1032, 1006, 2850 dan kes ke-2210), serta satu (1) kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kluster ini melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Katanya sehingga jam 12 tengah hari hari ini, sebanyak 180 buah negara di seluruh dunia terjejas akibat jangkitan Covid-19.

“Justeru, sememangnya terdapat risiko bagi kes-kes luar negara diimport Covif-19 ke dalam negara dan mengakibatkan penularan di sini.

“Selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan iaitu saringan demam dan gejala Covid-19. Ujian pengesanan Covid-19 akan dijalankan dan mereka akan dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin tersebut.

“Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Mereka yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan akan dirujuk ke hospital untuk tujuan isolasi, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.

“Ini adalah untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat dan seterusnya untuk membendung wabak itu di negara ini,” katanya.


MR :  Sikap bodoh sombong yang menjadi kes ini makin parah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan