Header Ads

ads header

Flash News

40% kes Covid-19 dikesan dari perhimpunan tabligh


SEBANYAK 1,701 jumlah kes Covid-19 dikesan daripada perhimpunan tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling yang diadakan dari 27 Februari hingga 3 Mac, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka itu adalah 40.2% daripada semua kes jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti setakat ini.

Malaysia hari ini merekodkan 109 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 4,228 kes.

Sebanyak 21,920 sampel telah diambil daripada jemaah yang hadir perhimpunan berkenaan atau kontak rapat mereka. Daripada jumlah itu, 17,217 disahkan negatif, kata Dr Noor Hisham.

Kluster tabligh menyaksikan 766 kes indeks, yang mana 704 kes adalah daripada jangkitan generasi pertama.

Ini diikuti 192 kes generasi kedua, 19 kes generasi ketiga, tujuh kes generasi keempat dan tujuh kes generasi kelima.

Dr Noor Hisham bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kematian yang dikaitkan dengan kluster itu, walaupun beliau sebelum ini pernah menyatakan separuh daripada semua jumlah kematian yang dilaporkan berkaitan dengan kluster tabligh.

Kluster Itali di Sarawak mempunyai 41 kes. Lima kematian dilaporkan daripada kluster ini.

Sementara itu, kluster gereja Kuching mempunyai 110 kes. Satu kematian dilaporkan hari ini melibatkan seorang pelajar universiti berusia 23 tahun.

Kluster kenduri di Bangi mencatatkan satu kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 95 kes. Enam belas pesakit pulih setakat ini, dengan dua masih di ICU. Tiada kematian dilaporkan daripada kluster ini.

Kluster Rembau juga menyaksikan dua kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini. – 9 April, 2020.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan