Header Ads

ads header

Flash News

109 Kes Baharu, 2 Kematian, 121 sembuh


Seorang wanita berusia 23 tahun menjadi mangsa termuda yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, wanita warga Malaysia itu adalah pesakit ke-2864 yang mempunyai latar belakang penyakit tiroid, dan mempunyai kaitan dengan kluster persidangan gereja di Kuching Sarawak.

Noor Hisham berkata, wanita tersebut bagaimanapun bukan peserta sidang Good News Fellowship yang diadakan pada 27 hingga 29 Februari lalu.

"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 (kes 2,469 dan kes 2,470) dan merupakan kes generasi kelima kluster persidangan gereja.

"Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.42 pagi hari ini," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan