Header Ads

ads header

Flash News

Ubat anti-malaria ‘Chloroquine’ diguna sejak gelombang pertama Covid-19 kata Dr Noor Hisham


PUTRAJAYA: Ubat “Chloroquine” untuk merawat penyakit malaria digunakan ke atas pesakit Covid-19 sejak gelombang pertama penularan virus itu di Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai merawat penyakit Covid-19 yang menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit.

“Apabila virus Covid-19 melekat di saluran pernafasan bawah, ia akan menyebabkan radang dan replikasi virus tersebut dan ubat ini membantu merawat radang itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain “Chloroquine”, beliau berkata, kombinasi “Lopinavir dan Ritonavir” serta Hydroxychloroquine turut digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak gelombang pertama Covid-19.

Katanya, ubat yang digunakan pada gelombang pertama itu menunjukkan keberkesanan bagi merawat Covid-19, tetapi penyelidikan terperinci perlu dilakukan.

Bagaimanapun, katanya, kadar kematian pandemik itu kian meningkatkan disebabkan pesakit yang berusia, mempunyai penyakit comorbid seperti darah tinggi dan buah pinggang serta pesakit lewat mendapatkan rawatan, iaitu ketika mengalami masalah jangkitan pernafasan.

“Kita telah mencuba ubat tersebut dan ubat ini ada kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dinamakan ‘Solidarity Trial’ yang turut melibatkan banyak negara lain.”

Katanya, selain ubat berkenaan, kajian akan tertumpu kepada ubat baru Remdesevir seperti diumumkan semalam.

“Ini hanya bagi penyelidikan dan ubat yang telah kita gunakan di luar label seperti ‘Lopinavir dan Ritonavir’ telah kita gunakan sejak gelombang pertama.”


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan