Header Ads

ads header

Flash News

Trump sama dengan PH lebih memikirkan perniagaan dan ekonomi daripada rakyat


Sepanjang minggu lalu menandakan perkembangan dramatik Covid-19 di seluruh dunia sejak ia mula dikesan pada Disember 2019.

Ia menjadi dramatik kerana virus itu sudah sampai di Amerika Syarikat dan United Kingdom, 2 negara utama Barat. Bila keadaan itu berlaku, dunia yang sentiasa berkutubkan Washington-London baru tersentak dengan wabak menggila ini.

Seorang saksi yang melihat keadaan New York menghadapi Covid-19 menyatakan ia seperti gambaran dalam filem Hollywood mengenai bencana besar di bandar-bandar utama AS.

Sekiranya wabak ini hanya berlaku di benua lain, sama ada di Asia atau Afrika, maka sifat globalnya tidak dirasakan, walaupun ia sudah berminggu-minggu berada di China dengan negara itu merupakan jentera ekonomi dunia.

Ditambah pula laporan mengenai Covid-19 adalah meluas ke dunia yang berhubung antara satu sama lain. Dari China, maklumat mengenai Covid-19 disiarkan setiap hari, antaranya melalui rangkaian China Global Television Network (CGTN).

Dunia Barat terutamanya AS bukan saja telah lama bersedia secara mental menghadapi bencana ini, tetapi turut menyebarkan kesedaran mengenai perkara ini melalui hiburan ke seluruh dunia. Sungguhpun begitu, persediaan mental tidak pula bermakna persediaan material.

Ini dapat disaksikan dengan apa yang berlaku di AS waktu ini. Keputusan dan tindakan Presiden Donald Trump tidak jelas, berubah-ubah dan mengelirukan.

New York mengalami suasana kelam-kabut apabila menyedari peralatan perubatan tidak mencukupi, hinggakan Gabenor New York, Andrew Cuomo memarahi kerajaan persekutuan.

Sebenarnya pakar-pakar di Barat secara umumnya sudah menjangkakan satu wabak besar akan berlaku dalam waktu terdekat, tetapi tahunnya tidak dapat diramalkan, ia berdasarkan sejarah dunia.

Ini kerana bencana wabak besar berskala pandemik dijangka berlaku setiap 100 tahun. Pandemik terakhir ialah Selesema Sepanyol atau “Spanish Flu” yang berlaku pada 1918.

Tidak diketahui mengapa kitaran 100 tahun itu berlaku, tetapi dunia sudah masak untuk mengalami satu lagi pandemik.

Bill Gates, sejak bersara daripada Microsoft, yang banyak membuat kajian dan pemerhatian, ada menulis untuk memberi ingatan mengenai perkara ini. Malah, ahli akademik juga mengkaji perkara ini.

Pada awal 2000, penulis membaca buku sains popular terperinci bertajuk “Virus” yang meramalkan perkara serupa akan berlaku selepas tercetusnya wabak Ebola pertama di Afrika.

Kesedaran ini melahirkan filem-filem Hollywood yang bertemakan pandemik seperti “Contagion”. Begitu juga buku-buku fiksyen “thriller” ditulis mengenai bencana ini.

Kisah mengenai pandemik adalah sebahagian daripada tema buku fiksyen dan filem bencana Barat yang juga termasuk kejadian letupan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan pendaratan makhluk asing.

Di samping ia merupakan hiburan, karya seni ini juga menyediakan mental manusia dalam menghadapi bencana besar, terutamanya di kalangan penduduk AS.

Salah satu tema seni Barat yang popular adalah filem mengenai zombi. Tema ini menggabungkan aliran seram dan bencana.

Flem zombi pertama yang penulis tonton adalah pada 1979. Filem bertajuk “Its Alive” adalah keluaran Britain. Pada masa itu perkataan zombi belum popular.

Kini, Korea juga mengeluarkan filem bertemakan zombi, daripada “Train to Busan” yang popular hinggalah siri televisyen “Kingdom” yang masih ditayangkan.

Walaupun zombi itu hanyalah fenomena rekaan, tetapi jika ia dijadikan metafora sebagai wabak virus, maka ia dapat difahami.

Covid-19 tidak kelihatan. Pada mulanya manusia terjangkit, ia tidak diketahui. Dalam masa 14 hari, manusia tidak menunjukkan simptom. Pada masa itu, ia mula merebak dan mampu membunuh melalui jangkitan di paru-paru. Tidak ada ubat, tidak ada vaksin, macam zombi.

Walaupun dalam fiksyen dan jangkaan saintifik, virus itu boleh muncul dari hutan dan haiwan liar, malah ada yang menggambarkan kemunculannya di selatan China, tetapi manusia dan dunia tidak bersedia.

Ketika Covid-19 mula muncul di Wuhan, pihak berkuasa tempatan masih sukar mempercayainya. China bertindak cepat dengan menutup Wuhan dan membina hospital sementara. Ia juga memaklumkan Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO).

Laporan dari Wuhan tidak mengejutkan dunia. Walaupun WHO mengadakan sidang akhbarnya setiap hari, tetapi ia masih tidak melihat Covid-19 sebagai serius yang menuntut semua negara bersedia.

Malah, ada pendapat di Jerman mengenai cara China itu tidak betul. Dunia Barat terlalu obses dengan hak kebebasan, ditambah pula perspektif mereka bahawa China diperintah komunis yang tidak menghormati kebebasan individu.

Walaupun Wuhan dikurung, Covid-19 ini terlepas keluar melalui pelancong China yang bergerak awal sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Kapal persiaran Diamond Princess pula membawa penumpang terjangkit ke Jepun.

Pada mulanya, ada yang beranggapan Covid-19 akan merebak di kawasan tempatan di Wuhan saja, seperti mana Ebola di Afrika, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di Asia dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) di Timur Tengah.

Ia dirasakan Covid-19 tidak menjadi pandemik global. Tetapi, Wuhan dan China tidak seperti Afrika dan Timur Tengah. Pelancong China pergi ke merata dunia dan mampu membawa virus bersama.

Setelah pasukan WHO melawat Wuhan, barulah mereka menyedari keadaan lebih serius daripada dijangka. Mereka meminta negara lain bersedia mengikut langkah diambil China, iaitu melaksanakan perintah kurungan, penjarakan sosial dan haramkan perhimpunan besar.

Tetapi, negara lain lambat bertindak. Covid-19 sampai ke Iran dan Itali. Perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur tidak sempat dihalang. Kluster baru penyebaran Covid-19 muncul. Dari situ virus tersebut sampai ke Brunei, Kemboja dan negara lain.

Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Vatican di Rom kemudiannya ditutup. Seperti mana dalam filem bencana global yang dibuat di Hollywood, sentiasa ada gambaran jemaah di Masjidil Haram dan perhimpunan depan Pope bagi mendoakan keselamatan dunia daripada bencana global. Tetapi, kali ini dengan sifat bencana Covid-19, tempat-tempat keagamaan itu ditutup.

Ada negara yang mempertikaikan seruan WHO dan kaedah China. Di Britain, ada yang menolak kaedah perintah kurungan. Mereka cadangkan Covid-19 merebak supaya ada sebahagian penduduk yang imun dan menjadi benteng kepada penularannya.

Di Sweden, terdapat anggapan tidak ada asas sains perintah berkurung dapat membendung virus itu.

Di AS pada awalnya, Trump menganggap Covid-19 adalah helah. Ia seperti kalangan lain daripada Parti Republikan dan golongan kanan meragui fakta sains termasuk perubahan iklim.

Mereka menganggap wujud konspirasi di kalangan golongan liberal yang mereka cerita untuk menghalang perniagaan dan korporat.

Sememangnya langkah kawalan virus ini menjejaskan perniagaan dan ekonomi negara. Ia berlaku kepada negara yang melaksanakan perintah kurungan penuh atau separa seperti China, Malaysia, Singapura dan Australia.

Jadi, Trump lebih memikirkan perniagaan dan ekonomi. Tetapi, sama ada melaksanakan perintah kurungan atau tidak, pandemik ini bersifat sejagat dan ekonomi dunia pasti terjejas untuk tahun ini serta 2021.

ZIN MAHMUD

MR :  PH tidak bijak bertindak..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan