Header Ads

ads header

Flash News

Seorang lagi mangsa baharu korban ke-24 Covid-19


PETALING JAYA:
Seorang rakyat tempatan berusia 35 tahun meninggal dunia semalam berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian koronavirus itu 24 orang sehingga kini.
Mangsa merupakan kes jangkitan ke-1056, mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020.

Dia mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan didapati positif Covid-19 pada 20 Mac.
“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 9.30 malam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook pagi ini.

---

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak  24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan