Header Ads

ads header

Flash News

Projek RM200 juta bekas Menteri, KSU KPDNHEP kepada syarikat Kroni PKR disiasat SPRM?


Sebelum ini Captain M mendedahkan ada banyak projek Kementerian milik kroni Menteri PH untuk menyumbang dana parti Pakatan Harapan bakal dibatalkan selepas PH tumbang. Lim Guan Eng, Tony Pua, Menteri-menteri PH dan pegawai mengurus projek resah.

Semua projek kementerian bagi Bekalan Perkhidmatan RM50 juta dan Kerja RM100 juta yang telah diluluskan Lembaga Perolehan A (LPA) Kementerian pasti tersangkut di Kementerian Kewangan sejak 24 Februari lalu apabila memerlukan perakuan MOF untuk diluluskan oleh Menteri Kewangan dalam Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

SILA BACA- Kerajaan PH Tumbang: LOA projek tertangguh! Lim Guan Eng, Shafie Apdal gagal kutip komisen syarikat kroni projek KPLB RM142.7 juta

Kontraktor mengeluh rugi jutaan ringgit kerana wang telah dibayar bagi urusan teknikal tender di kementerian namun perakuan MOF tidak dapat diperolehi malah mungkin bakal diberi kepada syarikat lain.

Menteri baharu PN pula mempunyai kuasa untuk meneruskan tender projek, menangguh atau membatalkan tender projek itu apatah lagi jika projek itu tular dan bakal menerima impak siasatan SPRM. Begitu juga Menteri Kewangan yang boleh menukar keputusan Lembaga Perolehan A Kementerian lain berdasarkan penilaian MOF.

Lagi Projek Kroni Menteri PKR digagalkan!

Siri pendedahan Captain M kali ini sekali lagi tampil mendedahkan projek kroni bekas Menteri PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu konsesi Perkhidmatan Penentusahan Alat Timbang dan Sukat di bawah Seksyen 26A(1) (b) Akta Timbang dan Sukat 1972.

Sebelum ini syarikat konsesi yang dilantik Menteri KPDNHEP ialah Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd sejak 5 April 2005 hingga 5 April 2020. Konsesi 15 tahun syarikat ini akan tamat tidak lama lagi maka satu tender baru dibuat untuk melantik syarikat konsesi baru. Terlalu banyak kelemahan dan ketirisan syarikat konsesi lama ini namun mereka tetap berusaha untuk mendapat kontrak ini.

Dalam satu surat aduan dihantar kepada Menteri KPDNHEP yang baharu kepada Datuk Alexander Nanta Linggi melaporkan sebuah syarikat yang baru setahun ditubuhkan (2019) De Metrology Sdn Bhd kroni bekas Menteri lama Saifuddin Nasution yang tidak hadir taklimat tender dikatakan bakal diberi tender RM200 juta ini.

Syarikat De Metrology Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan syarikat yang mendapat kontrak Food Bank KPDNHEP, Syarikat Legasi Z Sufi Sdn Bhd adalah kepunyaan milik Azahar Shahimi, Zakwan proksi Saifuddin. Azahar menamakan isterinya Ria Wati Aswar sebagai Pengarah syarikat De Metrology Sdn Bhd untuk tender Penentusahan Alat Timbang dan Sukat ini.



Syarikat ditubuh Mac 2019 dan tukar nama pada 21 Januari 2020…Usia syarikat hanya setahun.. Modal berbayar RM 1 juta, tapi dah nak diberi RM200 juta





Hubungan rapat pemilik Syarikat De Metrology Sdn Bhd dengan Menteri dan KSU Muiz telah memberi ruang syarikat ini diperakukan oleh LPA dan dihantar ke MOF untuk kelulusan.

Berikut merupakan surat aduan dilampirkan mengenai syarikat ini yang punya hubungan rapat Menteri dan KSU KPDNHEP lama Datuk Muez Abd Aziz .











Distribution Centre oleh Legasi Z Sufi Marketing




Proksi PKR: Syarikat Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd

Menurut sumber dalaman KPDNHEP satu lagi syarikat yang menjadi pemain utama yang juga sebagai ‘back up’ Menteri ialah syarikat Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd. Syarikat yang sebelum ini telah mendapat konsesi sejak 15 tahun lalu.

Di belakang syarikat ini dilaporkan bekas seorang pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang bernama Johari Kassim yang punya hubungan rapat dengan Dato’ Seri Saifuddin Nasution. Ahli Lembaga Pengarahnya adalah seperti di lampiran bawah. Leng Tuck Kwan seorang dari Pengarah Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd turut membawa syarikat LAK Weighing Systems Sdn Bhd menyertai tender.

Menurut sumber jika De Metrology Sdn Bhd mendapat projek ini mereka akan menjualnya kepada Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd. Nampak tak kebijakan Saifuddin Nasution memasang kontraktor demi ‘komisen’ projek.



Syarikat konsesi Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd berusaha mengekalkan projek ini jadi milik mereka.

Akrab: Saifuddin dan Johari- Johari Kassim dilaporkan sudah memberikan RM500,000 kepada Dato’ Saifuddin ketika menjadi Menteri KPDNHEP melobi projek








Leong Tuck

Kwan ahli lembaga pengarah Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd turut menyertai tender dengan nama syarikat lain

Dato’ Seri Saifuddin Nasution walau dengan segala apa cara mahu projek bernilai RM200 juta ini diberi kepada syarikat kroninya. Sebelum kerajaan PH tumbang Saifuddin mengarahkan Datuk Muez Abd Aziz KSU KPDNHEP meluluskan dalam LPA syarikat kroninya.

Bagaimanapun perakuan daripada Menteri Kewangan bagi kelulusan projek ini kepada KPDNHEP tertangguh kerana tidak sempat ditandatangi oleh Lim Guan Eng. Sehingga kini dikatakan tangan-tangan Datuk Muez masih boleh mengarahkan Pegawai KPDNHEP walaupun menjadi KSU Kementerian Pertahanan.



Menteri KPDNHEP arah KSU pilih dalam LPA, Menteri Kewangan pula akan luluskan dalam JPMK MOF..’Lu dapat I bagilah’..Mahal atau murah teknikal kita pegang ma..

Oleh itu Menteri Kewangan kerajaan PN dan juga Menteri KPDNHEP yang baharu tidak perlu meluluskan projek ini kepada syarikat kroni PKR Saifuddin seperti De Metrology Sdn Bhd dan Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd.

Diharap kerajaan memberi projek ini kepada syarikat yang benar-benar layak, mempunyai kewangan yang kukuh, syarat cawangan syarikat serta sumber tenaga kerja yang cukup.

SPRM wajar menyiasat kes ini jika syarikat De Metrology Sdn Bhd yang tidak punya kelayakan diberikan projek RM200 juta! Jika diberi kepada Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd syarikat mereka telah gagal malah menipu hasil kerajaan. Syarikat untung kerajaan rugi.

Captain M
13 Mac 2020


MR :  Kita tunggu apa cerikatnya...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan