Header Ads

ads header

Flash News

Pas tak mahu gopoh


KEMELUT politik di Kedah dijangka memasuki fasa baharu dalam tempoh terdekat namun Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan semasa dan kekal dengan pendirian bertenang.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya tidak mahu ‘kelam-kabut’ dengan sebarang tindakan biarpun mempunyai majoriti kerusi di negeri itu.

Katanya, sebagai parti politik berpengalaman, Pas Kedah akan menunggu pendirian Pas pusat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai langkah politik parti itu walaupun mendapat sokongan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan.

Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tiada keperluan untuk membubarkan Dun Kedah buat masa ini dan kerajaan negeri akan terus dipimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Pakatan Harapan (PH) dan ia sudah disepakati pembangkang.

Mukhriz berkata, Pas Kedah juga mendapat restu daripada kepemimpinan tertinggi parti itu mengenai pendirian yang perlu diambil di peringkat negeri dan mereka juga tidak mahu gopoh untuk mengubah kerajaan negeri sedia ada.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak akan tergopoh-gopoh mengambil tindakan mengenai penubuhan kerajaan baharu, sebaliknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berkaitan.

“Kita sebelum ini sudah menjadi pembangkang, tidak ada isu mengenai itu (jadi Menteri Besar). Apa yang penting adalah kestabilan di negeri serta pembelaan kepada masalah rakyat,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan satu pertemuan dan perbincangan di antara PN dan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan kelmarin tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai sokongan serta akuan bersumpah (SD) kepada mana-mana pihak.

Ia turut membabitkan tiga Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan berada dalam kem bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan wakil rakyat yang menyokong Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber memaklumkan, Pengerusi PKR negeri, Datuk Johari Abdul yang juga Pengerusi PH Kedah dikatakan bersedia bekerjasama dengan Pas bagi membentuk kerajaan negeri namun ia tertakluk kepada perkembangan politik semasa di peringkat Pusat.

Khamis lalu, akhbar ini melaporkan Kedah berada dalam radar pemantauan pemerhati politik apabila Perikatan Nasional (PN) diterajui Pas negeri itu dijangka membentuk kerajaan negeri seawal minggu depan selepas tumbangnya Pakatan Harapan di Johor, Melaka dan Perak.


MR :  Tak lari gunung dikejar...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan