Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin tiba di Istana Negara


Presiden Bersatu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri, Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 1.

Beliau yang dilihat menaiki kereta Proton Perdana hitam diiringi kenderaan polis, sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pekarangan istana.

Anggota Parlimen Pagoh itu masuk ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan. 

Kira-kira jan 9.48 pagi tadi rombongan yang terdiri daripada lebih 15 kenderaan anggota parlimen yang menyokong perdana menteri baru, Muhyiddin Yassin tiba di istana.
Lima minit sebelum itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof juga tiba di Istana Negara.

Pihak media juga difahamkan salah satu daripada tiga kenderaan yang tiba bersama Ketua Polis Kuala Lumpur sebelum itu membawa Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan