Header Ads

ads header

Flash News

Misteri Kehilangan Wang Tunai Rm250,000: Pertanyaan Untuk Syed Saddiq


Menarik sekali mendengar laporan berita TV3 mengenai wang tunai sejumlah RM250,000 yang didakwa oleh TV3 sebagai milik BERSATU yang disimpan di kediaman Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, didapati hilang pada jam 7.00 malam 28 Mac lalu setelah ia didapati tidak diusik pada 13 atau 14 Mac.

Fakta kes mengikut TV3 adalah:(1) Wang itu disimpan di dalam sebuah peti besi di tingkat atas bilik Syed Saddiq.

(2) Kediaman Syed Saddiq hanya didiami beliau dan pembantu rumahnya yang juga wanita warga Indonesia.

(3) Kata laluan peti besi itu hanya diketahui oleh Syed Saddiq sahaja.

Bagaimanapun, lebih menarik dari persoalan siapa yang mencuri wang tunai RM250,000 ini serta bila, mengapa dan bagaimana ia dicuri adalah persoalan mengenai wang tunai RM250,000 yang didakwa oleh TV3 sebagai milik BERSATU ini sendiri, iaitu:

(1) Jika wang tunai RM250,000 ini adalah memang milik BERSATU, dari mana asal wang tunai ini, apakah ia adalah dari yuran keahlian atau dari sumbangan mana-mana pihak?

(2) Jika wang tunai RM250,000 ini adalah dari sumbangan mana-mana pihak apakah ia telah diisytiharkan dan apakah Syed Saddiq berkuasa menyimpannya sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “setiap sumbangan kewangan atau harta kepada parti hendaklah diisytiharkan dan hendaklah disimpan di dalam akaun parti atau dipegang oleh Pemegang Amanah”?

(3) Atas kapasiti apa Syed Saddiq menyimpan wang tunai RM250,000 ini sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000) pada satu-satu masa”? Syed Saddiq bukan Bendahari Agung BERSATU dan jumlah yang disimpan ini, iaitu RM250,000, juga adalah melebihi jumlah yang dibenarkan disimpan, iaitu RM50,000.

(4) Mengapa wang tunai RM250,000 ini disimpan di kediaman Syed Saddiq sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “wang (yang dibenarkan disimpan) mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti”?

(5) Untuk tujuan apa wang tunai RM250,000 ini disimpan oleh Syed Saddiq sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “wang (yang dibenarkan disimpan) mestilah untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti”?

Syed Saddiq sendiri kemudiannya menyatakan “laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang BERSATU adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan”.

Begitupun, penafian Syed Saddiq bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang BERSATU menimbulkan satu persoalan yang lebih menarik, iaitu dari manakah wang RM250,000 tersebut Syed Saddiq perolehi.

Hebat sungguh bila seorang ahli politik semuda Syed Saddiq sudah mampu memiliki wang tunai RM250,000 dan tentu ramai muda-mudi di seluruh negara mahu tahu rahsia Syed Saddiq hingga mampu berbuat begitu.

Kamarul Yusoff

MR :  Tergambar jelas keboborakan PH sebelum ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Agak kurang cerdik utk kedua2'statement'tersebut....
    Melihat matahari dilangit,jangan disangka panas sampai kepetang....

    BalasPadam
  2. tak kisah la kalau org gaji tu lelaki..

    kalau pompuan boleh ke..?

    BalasPadam