Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng sanggup hilang jawatan asalkan Dr Mahathir jadi PM kata Macai DAP


SHAH ALAM - Ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan agar tidak saling menuding jari berhubung punca PH kehilangan kuasa sebagai kerajaan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersalah dalam perkara tersebut.

Sebaliknya menurut beliau, bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan individu yang menjadi dalang dan layak digelar pengkhianat serta penghasut.

"Dia (Azmin) menghasut Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang pada asalnya sangat baik dan setia kepada Tun (Dr Mahathir).

"Kita dijatuhkan bukan oleh rakyat tetapi oleh pengkhianat dan penyamun," katanya ketika berucap pada Majlis Temu Rapat Aktivitis PH Shah Alam di Dewan Meranti Seksyen 19 di sini malam tadi.


Khalid bersama penyokong Amanah yang hadir pada majlis tersebut di Dewan Meranti Seksyen 19 di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Khalid turut mendedahkan bahawa Setiusaha Agung DAP yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersetuju digugurkan daripada jawatan tersebut sekiranya dilihat menjadi punca orang Melayu menolak PH.

Menurutnya, pendirian Guan Eng itu dimaklumkan ketika melakukan rundingan agar Dr Mahathir dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri bagi undian kali kedua untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"DAP kata 'tak apa Tun, oleh kerana kami, orang Melayu tak boleh terima, kurangkan jumlah menteri DAP pun tak apa'.

"Lim Guan Eng sendiri kata, 'kalau saya digunakan sebagai alasan orang Melayu tak boleh terima Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, saya tak jadi menteri kewangan pun tak apa'.

"Ini politik yang sepatutnya kita bangga. Letakkan negara sebagai yang pertama, rakyat yang terpenting," katanya.

Berhubung tindakan selanjutnya Khalid berkata, PH akan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membuktikan PH sebenarnya mempunyai sokongan majoriti dari kalangan ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, PH turut sedia mengambil tindakan undang-undang di mahkamah bagi mengisytiharkan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat dan sokongan majoriti.

MR :  Kuda tunggangan DAP mesti kuat kerja, kerajaan tak ada nak dapat mana duit?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kepala taik ko gone end,,,
    Nk bodoh kn org,,
    Sanggup ilang jawatan konon,,
    Jawatan ko dh ilang bru ko nk bebunyik
    Hak tuih kahak ijo atas kepala buto ko

    BalasPadam
  2. Mengkianat mandat rakyat..apa hukumnya..

    BalasPadam