Header Ads

ads header

Flash News

Doktor dalam perjalanan ke tugasan rasmi maut selepas van terbabas


GUA MUSANG: Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia 9 bulan maut, manakala 7 lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di KM11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini, hari ini.

Ketua Polis Gua Musang, Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan anak lelakinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulilmi.

Nahas itu berlaku pada 9.50 pagi tadi.

“Doktor terbabit meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan, manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) pada 11.02 pagi.

“Tujuh lagi yang cedera adalah pasukan perubatan termasuk doktor dan pemandu van milik Jabatan Kesihatan Kelantan, Hospital Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa cedera ialah pemandu Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafian Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Taufik berkata, mereka kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di HGM.

Ketika kejadian, semua mangsa yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dalam perjalanan ke HGM bagi tugasan rasmi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, van yang dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke longkang di tepi jalan.

“Mayat doktor 2 beranak itu dihantar ke bilik forensik HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga petang ini dan polis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia kerana dalam perjalanan menjalankan tugas,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Innalillah... Semuga Allah terima disisiNya sebagai hamba yg soleh.. Kepada pemandu.. Berhati hatilah kerana bkn nyawa anda shj yg perlu dijaga tetapi nyawa penumpang juga didlm tanggungjawab anda.. Takziah kpd keluarga Allahyarhamah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takziah...
      Agar syurga balasan kpd arwah!!!

      Padam