Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya dia hilang tapak....


Berundur setapak untuk Tun M - Anwar
PEMIMPIN PKR memutuskan untuk mengambil langkah berundur dan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-8 bagi menamatkan kegawatan politik negara.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau gembira dengan keputusan dibuat oleh pimpinan parti itu memandangkan ia langkah yang perlu diambil.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PKR dan ahli parlimen yang bersetuju dengan usul saya untuk meredakan ketegangan dalam kepimpinan negara.

“Maka, kita harus berundur setapak dan mengusulkan nama Tun (Dr Mahathir) sebagai calon Perdana Menteri bagi mengelak negara ini terjerumus dalam kemelut politik.

“Keduanya, kita sudah menolak sistem terdahulu. Semoga Allah merestui usaha kita menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk memulihkan ekonomi serta kehidupan rakyat katanya ketika ditemui di sebuah hotel, di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar berkata, beliau akan ke Istana Negara untuk menyampaikan surat pernyataan perubahan pendirian Pakatan Harapan.

“Jadi, saya akan ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan daripada saya selaku calon perdana menteri (kepada Tun Dr Mahathir),” katanya.

Kira-kira kurang setengah jam kemudian, Anwar kembali semula dan disambut oleh penyokong parti yang melaungkan “Reformasi” di lobi hotel berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan komen kepada media selepas lawatannya ke Istana Negara.


MR :  Sekarang menyusun tapak!! Boleh minta jawatan dengan TSMY... Mana tahu dapat jadi TPM dan bawa PKR bersama TSMY


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dalam semak ada duri,

    Ayam kuning buat satang,

    Orang tamak selalu rugi,

    Bagai Pee H dengan bayang-bayang.

    BalasPadam
  2. Jadi, saya akan ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan daripada saya selaku calon perdana menteri (kepada Tun Dr Mahathir),” katanya.

    Kira-kira kurang setengah jam kemudian, Anwar kembali semula dan disambut oleh penyokong parti yang melaungkan “Reformasi” di lobi hotel berkenaan.

    Bagaimanapun, beliau enggan memberikan komen kepada media selepas lawatannya ke Istana Negara.

    ORANG BODO SAJA YG PERCAYA PI ISTANA TAK SAMPAI SETENGAH JAM DAH BALIK. LEPAS TU TAK BERANI NAK KOMEN APA2. TAK HABIS2 DOK PEMOHONG

    BalasPadam