Header Ads

ads header

Flash News

Abdul Hadi prihatin nasib Sarawak, Sabah dan bukan Islam


KUCHING: Ketua Pemuda PAS Sarawak, Hamdan Sani pula menyifatkan keanggotaan wakil dari Sarawak di dalam Kabinet kerajaan baharu adalah suatu keperluan untuk mengukuhkan politik negara.

Jelasnya, langkah tersebut dapat meneguhkan kembali keyakinan rakyat Bumi Kenyalang setelah polemik politik yang melanda negara, selain untuk membanyakkan inisiatif strategik bagi pembangunan wilayah.

“Kami sangat-sangat menyokong saranan Presiden PAS supaya kerajaan baharu memberi perhatian dan keseimbangan buat Sarawak dan Sabah.

“Juga agar pembangunan wilayah dalam Malaysia dapat dirapatkan jurang ekonomi dan sosialnya, selain integrasi antara kaum negeri ini dengan Semenanjung,” katanya seperti dipetik Harakah.

Dalam sehari dua ini Presiden PAS dalam kenyataan dan sidang media beliau mengulangi pendirian pentingnya kerajaan baharu memberi perhatian terhadap Malaysia Timur.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru pembangunan seimbang antara Semenanjung dengan kedua-dua negeri itu dengan mengutamakan agenda pemulihan ekonomi, merapatkan jurang kaya-miskin dan meningkatkan tahap pendidikan.

Malah, beliau juga berharap Muhyiddin melantik anggota Kabinet dari Sabah dan Sarawak, selain kalangan bukan-Islam serta profesional dengan mengambil kira kemajmukan rakyat Malaysia.

Belum dapat dipastikan sama ada GPS akan menganggotai kabinet baharu pimpinan Muhyiddin meskipun pendiriannya menyokong Anggota Parlimen Pagoh itu telah membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan