Header Ads

ads header

Flash News

Tun terus menjerat?


Mungkin ramai yang terkejut dengan kejadian hari ini. Bilamana Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7. Kita terkejut kerana mungkin lain yang kita fikirkan, lain yang kita harapkan namun lain pula yang jadinya.

Sebelum Tun meletakkan jawaran dikhabarkan telah berlaku pertemuan antara Tun dengan Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Wan Azizah dan Lim Guan Eng. Pertemuan itu dikhabarkan berlaku di Kediaman Tun di The Mine. Sepanjang pecarian saya tidak menemui sebarang gambar pertemuan tersebut.

Selepas pertemuan tersebut, Muhyiddin Yasin selaku Presiden PPBM telah mengumumkan bahawa parti pimpinan beliau telah keluar dari PH. Kemudian kita pula dikejutkan dengan berita perlentakan jawatan PM oleh Tun. Lebih kurang pada masa yang sama juga Azmin Ali bersama 10 Ahli Parlimen PKR bertindak keluar dari parti. Ini bermakna PH telah hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Sepatutnya ini lah peluang terbaik bagi Anwar Ibrahim untuk mengadap Agong bagi mohon perkenan menjadi PM8. Anwar telah mengadap Agong, tetapi tidak berlaku perlatikkan PM seperti yang beliau harapkan selama ini. Kenapa ketika mengadap Agong Anwar tidak membawa bersama SD ( jika ada) untuk membuktikan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Sedangkan ketika itu jawatan PM telah dikosongkan. Kenapa?

Ini kerana pada masa tersebut Anwar sedar bahawa jumlah ahli Parlimen Pan , dap dan Pkr sendiri tidak mengcukupi untuk Anwar mendapat perkenan.

Akhirnya pelbagai spekulasi yang timbul, sehinggalah pada petangnya pula Tun di lantik sebagai PM interim.

Selepas itu tiada lagi kedengaran suara dari pimpinan PH, cuma yang ada hanya tulisan tanpa nama yang terus berspekulasi bahawa Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Apakah Anwar terjerat lagi dengan kelicikan politik Tun?

Wallahuaklam. Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik.

FB
Roslan Abdullah


MR :  Tun 10 langkah lebih kedehadapan drp Anwar.. Politik Anwar walaupun hebat tapi ketinggalan kerana sombong dan ego


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan