Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan Umno pada Muhyiddin bukan U-turn kata UMNO


Tindakan Umno memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bukanlah langkah U-turn, kata Ahmad Zahid Hamidi.

"Bukan U-turn. Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa tidak akan ada pilihan raya mengejut," kata presiden Umno itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi malam ini.

Zahid berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai keputusan Muafakat Nasional, yang terdiri daripada Umno dan PAS, menyokong Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan.

Muafakat Nasional adalah pakatan politik antara Umno dan PAS. Umno juga merupakan sebahagian daripada gabungan BN dengan MCA dan MIC.

BN dalam satu kenyataan awal hari ini menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin, meskipun Muafakat Nasional sebelum ini menggesa agar pilihan raya diadakan.

MCA yang memegang dua kerusi dan MIC yang mempunyai satu kerusi, menyatakan bahawa mereka menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri.

Muhyiddin diumumkan sebagai calon Bersatu untuk jawatan perdana Menteri awal hari ini. Pada masa ini, tiada gabungan baru diwujudkan Bersatu keluar dari PH pada Isnin lalu.

Sementara itu, Zahid ketika ditanya sama ada parti-parti Sabah dan Sarawak juga merancang untuk menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, berkata: "Saya tidak tahu".




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan