Header Ads

ads header

Flash News

Selepas kencing rakyat kini nak tutup mulut rakyat


Kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerja khas merangkumi polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memburu penyebar berita palsu mulai hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

"Kebelakangan ini salah guna media sosial untuk sebarkan berita fitnah isu agama yang lebih melibatkan keresahan masyarakat.

“Kami tidak berdiam diri selepas ini. Polis dan AGC akan tubuhkan jawatankuasa kerja khas cari orang-orang (sebar berita palsu) ini sampai lubang cacing.”

Demikian katanya kepada pemberita di sidang media hari ini di Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Hanipa berkata bahawa kerajaan mengambil serius penyebaran berita palsu yang semakin memberi keresahan kepada masyarakat.

Macam biasa DAP mesti diutamakan. Hanipa juga mengesahkan bahawa kerajaan akan ambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu kononnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat Tabung Haji.


MR :  PH ingat dia orang boleh tutup mulut rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan