Header Ads

ads header

Flash News

Sebab Mahathir Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu


Tun Mahathir baru meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Diberitakan terdapat konflik dan ketidaksetujuan dalaman dalam Bersatu yang menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan.

Ada kumpulan dalam Bersatu yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO dan PAS dalam kerajaan pintu belakang yang baru.

Salah satu sebab adalah kerana daripada 12 kerusi Parlimen Bersatu yang dimenangi pada PRU-14 yang lepas, lebih separuh daripadanya kalah beribu-ribu undi jika dibandingkan dengan gabungan undi UMNO dan PAS.

Oleh itu besar kemungkinan mereka (Ahli-ahli Parlimen Bersatu ini) akan terpaksa melepaskan kerusi-kerusi ini kepada UMNO atau PAS yang mempunyai sokongan akar umbi yang lebih kuat jika mereka bergabung dengan UMNO dan PAS apabila menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Tambahan lagi, hampir semua daripada 14 bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke Bersatu selepas PRU-14 kini tidak lagi mempunyai jawatan parti di bahagian sama ada dalam UMNO mahupun Bersatu.

Oleh itu besar kemungkinan mereka juga tentunya perlu menyerahkan kerusi mereka kepada orang lain di dalam UMNO, PAS atau Bersatu yang lebih senior atau berjawatan parti berbanding mereka.

Mereka hanya memikirkan kepentingan kedudukan mereka.

Mahathir pun sama.

ISHAM JALIL
24 Februari 2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan