Header Ads

ads header

Flash News

Saya sedia jadi Perdana Menteri kelapan - Tun Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut berkata, beliau tidak pernah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong mana-mana individu lain sebagai calon Perdana Menteri kelapan (PM8).
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dalam saya tidak bersedia untuk bekerja bersama individu korup dari UMNO, saya boleh menerima mereka secara individu asalkan mereka bersih.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih terbuka dalam pendekatan tersebut.
“Pagi ini saya bermesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH). Saya yakin bahawa saya mendapat sokongan yang diperlukan dalam membentuk majoriti di Dewan Rakyat.

“Justeru, saya bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri. Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam satu kenyataan pagi ini.


Beliau pada masa sama turut merujuk kepada kenyataan yang menyatakan beliau menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Tegasnya, beliau menentang segala bentuk kerjasama dengan individu yang terpalit dengan rasuah termasuk dalam pentadbiran kleptokrasi.

“Seperti yang telah berulang kali saya nyatakan, saya menentang segala bentuk kerjasama dengan individu yang diketahui terlibat dalam rasuah dan sebahagian pentadbiran kleptokrasi yang Kerajaan PH telah bekerja keras untuk menyingkirnya.

“Atas dasar prinsip, saya telah nyatakannya dalam mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen Bersatu semalam.

“Malah saya meninggalkan mesyuarat itu lebih awal bagi memberi ruang kepada kalangan ahli Parlimen Bersatu untuk berdebat secara terbuka memilih siapa yang mereka rasa layak menjadi Perdana Menteri,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan