Header Ads

ads header

Flash News

Ringkasan Sidang Selepas Mesyuarat PH semalam - Anwar jangan gelojoh macam dulu...


Tun M: Seperti yang dijangka oleh pihak press, setelah berbincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti dan akhirnya, saya, tak payahlah ulang apa yang diperkatakan.

Terdapat dua pendapat, tapi akhirnya, dengan ini saya merasa bangga, akhirnya semuanya diserah kepada saya.

Apa yang saya cakap mereka akan turut. Dan saya telah kata bahawa peralihan akan berlaku selepas APEC, no time, no date, no nothing. Only lepas APEC. Terpulang kepada saya samada saya nak lepas atau tak lepas.

Itulah kepercayaan yang dipersetujui oleh parti kepada saya, Alhamadulillah.

Wartawan: Tun, rombak kabinet ada bincang?
Tun M: Tiada perbincangan berkenaan rombakan kabinet, cuma nak tentukan masa (peralihan), dan masa itu terpulang pada saya.

Wartawan: Nak tanya Datuk Seri Anwar. Sebagai calon bakal Perdana Menteri Malaysia, adakah anda berpuas hati dengan keputusan mesyuarat?
Anwar: Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan komitmen kita untuk mempastikan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dengan sokongan yang penuh. Itu tidak menjadi soal.

Kemudian dalam perbincangan tentang yang berikutnya kita serah, saya sendiri cadang supaya Tun Mahathir diberikan peluang mentadbir, kemudian ditetapkan masa yang sesuai, ha itu barulah. Sementara itu saya kena sabar.

Wartawan: Kita dengar tadi ada cadangan dalam meeting tadi untuk Tun terus pegang jawatan hingga habis penggal.
Tun M: Itu bukan keputusan. Keputusan adalah saya tentukan bila saya akan letak jawatan.

Wartawan: Tun, kalau selepas APEC, kalau keputusan terletak kepada Tun, adakah ini bermakna walaupun selepas APEC, Tun kata saya tak nak lepaskan lagi jawatan, jadi tak lepas lagi jawatan?
Tun M: Terpulang kepada saya.

MR :  Maknanya Anwar mempunyai kebangkalian untuk tidak jadi PM8 makin tinggi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Keberangkalainnya kosong, yileekkks, peluangnya dah TERTUTUP rapi dan telah pun dipatri!

    BalasPadam