Header Ads

ads header

Flash News

Mujahid perlu belajar dari Terengganu, Jangan tunjuk sangat bengap


MUJAHID akhirnya mendedahkan bahawa 4 hotel Tabung Haji (TH) terpaksa dijual kerana mengalami kerugian RM53 juta dalam tempoh 5 tahun.

Inilah masalah sebuah kerajaan yang ‘knows the cost of everything and the value of nothing’. Mereka tahu kos, tetapi tidak memahami nilai.

Saya beri contoh sebuah hotel 5 bintang di Terengganu – Duyong Marina Resort. Ketika dibina belasan tahun dahulu, ia tidak pernah dirancang untuk mencipta keuntungan. Tetapi ia wujud bagi memenuhi matlamat kerajaan pada ketika itu untuk mewujudkan ‘high-end tourism’ dengan model seakan Dubai atau Abu Dhabi.

Prinsip yang digunapakai pada masa itu adalah lebih baik mempunyai 1000 pelancong yang berbelanja RM1 juta seorang berbanding 1 juta pelancong yang berbelanja RM1000 seorang.

Atas sebab itu, jumlah pelancong asing ke Terengganu meningkat daripada 162,826 orang pada 2004 kepada lebih 380 ribu orang pada 2008 – majoriti daripada Eropah, Taiwan dan Singapura.

Sudah tentu kerajaan terpaksa menanggung kerugian operasi pada ketika itu tetapi impak kepada ekonomi negeri dan setempat adalah amat besar.

Apabila Monsoon Cup ditamatkan, Duyong Marina akhirnya mengalami kerugian sehingga RM20 juta yang dicatatkan pada tahun 2016.

Kerugian ini berterusan sehinggalah apabila berlakunya pertukaran kerajaan pada 2018, model pengurusan dan struktur diubah dan Duyong Marina hampir pulih daripada kerugian pada tahun lepas dan sedang berada pada landasan yang baik untuk mencatatkan keuntungan.

Apa yang Mujahid boleh belajar? 

Pertama, nilai tidak boleh diukur dengan kos. Jangan buat perangai kapitalis. Mungkin hotel TH mengalami kerugian, tetapi ia harga yang kecil bagi perkembangan ekonomi umat dan kemunculan sistem korporat Islam

Kedua, bukan semua benda rugi perlu dijual baru selesai masalah. Kerajaan Terengganu dulu dan sekarang tak pernah jual Duyong Marina walaupun kerugian mereka lebih besar daripada Hotel TH.
Sebaliknya mereka laksanakan pemulihan korporat secara dalaman tanpa terganggu dengan permainan politik menyalahkan sesiapa.

Dan kalau malas sangat pakai otak, saya cadang kerajaan Terengganu pinjamkan Pengurus Besar Duyong Marina Tuan Faizul Abas kepada TH untuk kerja-kerja pemulihan.

Orang PH ini kadang-kadang bengapnya boleh tahan.

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Rimba Square Kuala Terengganu 


– HARAKAHDAILY 20/2/2020





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bukan bengap boss....tapi bodo telajok...jeng PH nie

    BalasPadam