Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat 'kopi-kopi' di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut


PETALING JAYA: Ketika rakyat Malaysia tertanya-tanya tentang perjumpaan 'gempar' antara pemimpin dan Ahli Parlimen pelbagai parti dari pihak kerajaan dan pembangkang di Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada Ahad, lain pula yang disifatkan beberapa individu yang menghadirinya.

Pertemuan antara pemimpin Bersatu, PKR, UMNO dan Pas tersebut disifatkan sebagai 'perjumpaan kopi-kopi' oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Saya datang untuk minum kopi.." Itu antara jawapan ringkas Tengku Adnan ketika ditanya tentang kehadiran beliau.

Beliau menjawab sedemikian sewaktu beliau sedang berjalan ke salah sebuah dewan, yang menjadi lokasi mesyuarat.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula mengatakan mesyuarat tertutup di Hotel Sheraton itu hanyalah 'mesyuarat kawan-kawan'.

Hasil pemerhatian dari gelagat dan reaksi muka pemimpin yang ditemui media, hanyalah senyuman tanpa jawapan.

Namun, maklumat lanjut mengenai pertemuan tertutup berkenaan tidak didedahkan kerana pihak media hanya dibenarkan berada di luar dewan lokasi berkenaan.

Malah, kebanyakan pemimpin parti yang ditemui bertindak ‘kunci mulut’ dan hanya membalas dengan senyuman atau sekurang-kurangnya jawapan tidak ada apa-apa.

Antara pemimpin parti yang hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan lain.

Namun, kelibat Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan.

Dr Mahathir sebelum itu melalui Pejabat Perdana Menteri menyatakan tidak akan membuat sidang media susulan pertemuan berkenaan pada Ahad.

Desas-desus mengenai sidang media yang dijangka menyusul, bagaimanapun tidak berlaku.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan