Header Ads

ads header

Flash News

Macam Biasa, Anwar optimis cukup angka jadi PM (has the numbers)


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup optimis beliau memiliki sokongan yang mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Keyakinan disandarkan Ahli Parlimen Port Dickson menerusi ciapan di Twitternya itu, berpaksikan janji dibuat Ahli Parlimen yang didakwanya akan menyokongnya berdasarkan keputusan individu bukan parti.

“Saya tahu bahawa sesetengah Ahli Parlimen di 'pihak lain' tidak berpuas hati bahawa pemimpin parti mereka sudah mencuri suara mereka.

“Pakatan Harapan mempunyai angka. Mari kita lihat proses demokrasi ini. Insya-Allah,” katanya tanpa memperincikan Ahli Parlimen dari parti mana.

Petang tadi, Anwar bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dari DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi membincangkan mengenai maklum balas Istana Negara berkenaan isu pemilihan calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Anwar yang diasak media, ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu itu, tidak membalas sebarang pertanyaan sebelum beredar meninggalkan hotel berkenaan.

MR :  Teringat 16 September berapa ramai kena kencing termasuk pimpinan PAS yang kini jadi AMANAH...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan