Header Ads

ads header

Flash News

Jika kalut bubar...


Malam ini Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Esok pagi Anwar Ibrahim pula menghadap DYMM SBP YDP Agong.

Kedua-dua Mahathir dan Anwar kata mereka ada cukup jumlah Ahli Parlimen untuk jadi Perdana Menteri.

Mereka kena buktikan kepada DYMM SBP YDP Agong apa yang mereka kata tersebut.

Sebab ada di antara Ahli-ahli Parlimen berada dalam kedua-dua senarai Mahathir dan Anwar kerana mereka secara rahsia bersetuju untuk menyokong kedua-duanya.

Jika kedua-dua Mahathir dan Anwar tidak dapat membuktikan senarai Ahli Parlimen yang menyokong mereka (atau segala rundingan gagal), SBP YDP Agong boleh berkenan memanggil Ahli-ahli Parlimen seorang demi seorang untuk pengesahan sokongan seperti yang berlaku di Perak dan Kedah dahulu.

Jika kedua-duanya sah tidak mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan, Perdana Menteri boleh mengangkat sembah kepada SBP YDP Agong untuk membubarkan Parlimen untuk Pilihanraya Umum ke-15.

Bubar.

FB
Isham Jalil


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan