Header Ads

ads header

Flash News

Bekas PM Australia dakwa pegawai tertinggi Malaysia beritahu MH370 mungkin kes ‘bunuh beramai-ramai’


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott berkata pegawai “berpangkat tertinggi” Malaysia memberitahunya juruterbang pesawat MH370 mungkin melakukan pembunuhan beramai-ramai, menjelang ulang tahun ke-6 kehilangan pesawat itu pada bulan depan.

“Pemahaman saya – pemahaman saya yang amat jelas – daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia ialah sejak awal lagi mereka menganggap ia ialah pembunuhan-bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott yang menjadi perdana menteri ketika pesawat hilang 6 tahun lalu, kepada dokumentari Sky News yang baru.

Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan kru itu hilang kira-kira 40 minit selepas meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Kehilangan pesawat itu dianggap satu daripada misteri terbesar penerbangan, serta ia berakhir dengan misi mencari dan menyelamat paling lama serta mahal dalam sejarah.


Juruterbang pesawat MH370,
kapten Zaharie Ahmad Shah.

Timbul beberapa teori konspirasi berhubung kehilangan itu, termasuk juruterbang kanannya yang berusia 53 tahun, Zaharie Ahmad Shah sengaja melencongkan pesawat itu daripada laluan biasa selepas kata-kata terakhirnya “Selamat malam. Malaysian 3-7-0” sebelum pesawat itu hilang daripada radar pada 1.21 pagi.

Teori “juruterbang jahat” bagaimanapun ditepis rakan Zaharie dan juruterbang lain.

Abbott dalam wawancara itu enggan mendedahkan identiti pegawai Malaysia terbabit.

“Saya tidak akan beritahu siapa cakap apa kepada siapa. Tetapi, biar saya ulangi – Saya mahu terangkan – ia difahamkan di peringkat tertinggi yang ini hampir pasti (kes) pembunuhan dan bunuh diri oleh juruterbang. Pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri oleh juruterbang,” katanya dipetik news.com.au.

Tetapi, Abbott berkata, beliau tidak mengesyaki ada konspirasi untuk menyembunyikan dakwaan rancangan pembunuhan oleh juruterbang itu, tetapi menyokong sebarang langkah membuka semula siasatan.

“Mari anggap ia adalah pembunuhan-bunuh diri oleh juruterbang, dan jika ada mana-mana kawasan di lautan itu yang boleh dicapai atas dasar ia belum diterokai, mari kita terokainya.”
 


MR :  Anwar kan ada suruh Anwar selesai kes ini.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan