Header Ads

ads header

Flash News

Apa sebenarnya berlaku 2 hari ini?


Ramai tertanya-tanya berkenaan isu tutup mulut atas politik yang berlaku semenjak semalam. Daripada pada apa yang berlaku aku simpulkan.

1.  Pakatan Nasional (Gabungan Baharu) ada banyak percangahan pendapat antaranya Mahathir tak nak Najib dan mereka yang ada kes di Mahkamah. PAS pula tak nak DAP dan AMANAH. UMNO tak nak DAP. Azmin and the geng boleh semuanya.. dia playerkan.

Untuk itu Azmin menyebut reformasi masih diteruskan dan mereka yang ada kes mahkamah akan terus dibicara.

2.  Selepas berundur daripada jawatan perdana menteri, Dr Mahathir petang ini mengumumkan beliau turut meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Mahathir dikatakan kecewa dengan Bersatu yang mahu bekerjasama dengan Umno.

Pasal itu dalam mesyuarat DAP petang tadi mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sekali lagi sebagai perdana menteri jika PH berjaya memperoleh majoriti mudah di parlimen.

3. Anwar dan PH tak jangka apa yang akan berlaku. Ini semua kerja atur Azmin Ali. Dia kenal boss dia dia tahu lemah boss dia. Itu sebab Anwar macam gelabah cari Mahathir.

AMANAH macam biasa yakin, ana yakin... masih anggap PH masik kekal kerajaan. Itu sebab mereka buat kenyataan kononnya kerajaan PH ok. Azmin akan dipecat. Malah dalam group AMANAH tersebar berita kononnya Anwar dan Mahathir nak checkmate Azmin... Penulis AMANAH memang bodoh dan ahli group AMANAH semua percaya artikel itu.

Hari ini pimpinan AMANAH baru sedar, Salahudin dan buat kenyataan di ikuti Dr Zul. Mereka sedar mereka lambat memahami politik.

4.  Bagi PAS-UMNO pula kalau ada gabungan baharu yang baik mereka ikut kalau bubar Parlimen lagilah mereka suka.

5.  Apa yang berlaku pasti PH terlah berkubur.



Dulu mereka gelak apabila PAS doa PH pendek umur. Rupanya ulama PAS yang ada 6 kedai emas ini (selalau difitnah terima duit UMNO pasal nampak pakai kereta mewah) mustajad juga..

6.  Nanti aku sambung

Ku Mansor
Perak





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan