Header Ads

ads header

Flash News

Anwar kata ada ‘pengkhianat’ PKR cuba tubuh kerajaan baharu


KUALA LUMPUR
– Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari ada cubaan sesetengah pihak cuba menubuhkan kerajaan baharu.

Namun Presiden PKR itu masih menunggu maklumat lanjut mengenainya.

“Sekarang ini, kita tunggu maklumat. Tahu ada cubaan menjatuhkan PH (Pakatan Harapan).

“(Mereka) tubuh kerajaan baharu melibatkan rakan-rakan Bersatu dan segelintir pengkhianat dari PKR.

“Mereka mengadap Yang Dipertuan Agong tadi dan (setakat ini) belum ada pengumuman,” katanya menjawab soalan daripada seorang penyokongnya semasa Majlis Zikir Nuril Anwar di kediamannya di Segambut malam ini.

Tetamu khas pada majlis itu ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Kenyataan Anwar itu disiarkan secara langsung oleh Facebook PKR.

Sebelum itu, Wan Salim turut mendoakan supaya Anwar dilindungi tuhan dan diberi kekuatan fikiran dn rohani dalam perjuangannya.

Semasa takzirah Wan Salim, Anwar beberapa kali kelihatan memeriksa telefon bimbit dan serius membaca mesej.- MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan