Header Ads

ads header

Flash News

Anwar dan Wan Azizah ke Istana Negara


Anwar Ibrahim telah memasuki Istana Negara melalui Pintu 2 kira-kitra pukul 2.30 petang tadi. Ia kemudian diikuti Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama kemudian.

Sementara itu Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, berkata Amanah akan tetap bersama dengan PH.

"Amanah tidak akan menyokong Zahid," katanya merujuk kepada presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi

Sebelum ini sejumlah ahli parlimen PKR - diketuai Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin - mengumumkan mereka keluar dari parti dan PH.

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Azmin, kumpulan itu memberitahu mereka akan membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Selain Azmin dan Zuraida, turut mengambil tindakan sama ialah Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan