Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen Sabah, Sarawak jadi penentu kerajaan baru?


KOTA KINABALU: Penganalisis politik di sini percaya ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak harus merebut peluang yang ditawarkan oleh krisis politik di Putrajaya untuk menuntut hak kedua-dua negeri itu, terutama status rakan kongsi setaraf di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara dan Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah bersetuju bahawa jumlah kerusi sebanyak 56 boleh menjadi “suara penentu” dalam pembentukan kerajaan baru, sekali gus membolehkan mereka menyatakan tuntutan 2 negeri itu.

“Ia adalah masa untuk mengambil peluang dan membuat tuntutan yang berhak diterima oleh 2 negeri ini daripada siapa sahaja yang dilantik perdana menteri atau kerajaan persekutuan.

“Saya fikir Malaysia Timur boleh menjadi blok penentu bagi penguatkuasaan MA63. Siapa yang perlukan sokongan boleh memperolehinya di Sabah dan Sarawak,” kata Tony kepada FMT.

Warisan mempunyai 8 ahli Parlimen di Sabah dan 1 di Labuan, Upko (1), sementara DAP dan PKR Sabah masing-masing 5 kerusi.

PPBM mempunyai 5 ahli Parlimen di Sabah, BN (2) dan Gabungan Sabah terdiri daripada PBS, STAR dan PBRS masing-masing 1 kerusi. Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang keluar PKR kini anggota Bebas.

Di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai kerusi paling banyak daripada 31 kerus Parlimen di negeri itu iaitu sebanyak 18, sementara PKR dan DAP (6) dan Parti Sarawak Bersatu 1 kerusi.

Lee berkata, GPS dan Gabungan Sabah mempunyai pengaruh ke atas pembentukan kerajaan baru.

“Dengan 22 ahli Parlimen, GPS dan Gabungan Sabah boleh memainkan peranan penentu. Jika mereka bersatu, suara mereka lebih kuat bagi menuntut perkara terbaik untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Angkanya akan jadi lebih besar jika Warisan bersedia menjadi sebahagian daripada langkah ini. Jika mereka boleh saling bersetuju dengan GPS, keadaan akan jadi lebih baik.

Tony berkata, paling penting Sabah mesti boleh bekerja dengan kerajaan pusat secara berkesan.

“Hubungan pusat-negeri mesti baik. Semua orang di Sabah dan Sarawak menunggu untuk melihat perkembangan seterusnya. Hanya Ketua Menteri Shafie Apdal ada membuat kenyataan,” katanya.

Shafie hari ini menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, dengan berkata, beliau telah menyebutnya sebelum ini bahawa Mahathir harus dibenarkan menamatkan penggal kepimpinan beliau.

Katanya, walaupun beliau sedar tentang kemungkinan berlakunya perubahaan di Putrajaya, fokus utama kerajaan Sabah pimpinan Warisan ialah terhadap negeri itu dan rakyat.

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini selepas menerima peletakan jawatannya sebelum itu.

Mahathir akan mentadbir kerajaan sehingga perdana menteri dan Kabinet baru dibentuk.



MR :  Sekarang proses 'jual-beli'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan