Header Ads

ads header

Flash News

Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL


KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Ahad bertemu semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur.

Perjumpaan tertutup itu bermula pukul 2 petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pengerusi GPS itu dipercayai akan membincangkan suatu perkara penting bersama barisan Ahli Parlimen.

Menurut sumber, terdapat agenda penting yang akan dibincangkan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkannya.

“Saya juga baru sampai dari kawasan (Sarawak) terus ke sini (Kuala Lumpur).
“Saya tidak mahu membuat apa-apa spekulasi dahulu, selalunya ada perjumpaan bersama semua MP (Ahli Parlimen) sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

GPS mempunyai 19 kerusi di Dewan Rakyat dengan Ketua Whipnya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) tiga kerusi; Parti Demokratik Progresif (PDP) dua kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) satu kerusi.

Sejak pagi Ahad, dua parti politik pemerintah yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tergempar.

Bersatu mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat parti.

Sementara di sebuah hotel berasingan berdekatan dengan ibu pejabat Bersatu, penyokong-penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berhimpun bagi mengadakan perjumpaan penting.

Difahamkan Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka membuat pengumuman penting petang ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan