Header Ads

ads header

Flash News

Rasmi BN menang majoriti 2,029 undi


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Kimanis menerusi calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47.

Keputusan rasmi selepas selesai 70 peti undi dikira menyaksikan BN memperoleh 12,706 undi, menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi undi.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut dengan seramai 29,664 pemilih layak mengundi termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada di luar negara.

Majoriti 2,029 undi yang diperoleh BN kali ini adalah jauh lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketika itu, calon BN, Datuk Seri Anifah Aman, memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar, meraih 11,942 undi manakala Karim yang turut bertanding mewakili WARISAN mendapat 11,786 undi. Calon Harapan Rakyat, Jaafar Ismail, sekadar meraih 1,300 undi.

Anifah bagaimanapun mengumumkan keluar UMNO tidak lama selepas itu dan kekal di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Bebas.

MR :  5-0 mana nak letak muka penipu rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan