Header Ads

ads header

Flash News

Putrajaya bakal bentuk kerajaan baharu?


KUALA LUMPUR – Pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, melibatkan PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang.

Ia adalah berikutan kemerosotan sokongan kepada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 20 bulan, lapor sebuah portal tempatan.

Susunan baru itu, menjajarkan kumpulan-kumpulan politik yang bersepakat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pengaruh PAS akan mempunyai kesan buruk bagi DAP dan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Mahathir menunjukkan percaturan politik yang mantap bagi menggagalkan pertelingkahan dalaman PH dan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaannya,” kata sumber yang arif dengan rancangan-rancangan licik di Putrajaya.



Seorang pemberi maklumat juga menamakan seorang lagi menteri dari parti Mahathir, BERSATU akan mengumumkan peletakan jawatan.

Dipercayai menteri itu mengetuai salah satu daripada 3 kementerian yang pada penilaian Mahathir menunjukkan prestasi yang lemah.

Kekalahan WARISAN pada pilihan raya kecil Kimanis pada Sabtu juga akan mendorong Mahathir mempercepat penyusunan semula Kabinet.

Penjajaran BERSATU dan PAS oleh Mahathir mungkin akan memusnahkan harapan DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PH, dan menghalang cita-cita Anwar, untuk jadi menjadi Perdana Menteri.

PAS pernah menjadi sekutu penting bagi Anwar, dan sokongan parti Islam itu membolehkan beliau mengharungi masa-masa yang genting selepas pertikaiannya dengan Mahathir pada 1998.

Susunan baru Mahathir-PAS itu akan menarik sebahagian sokongan orang Melayu-Islam yang beliau perlukan untuk menuntut tampuk pemerintahan.

“Impian itu kini semakin sukar dicapai,” kata sumber.

Spekulasi mengenai susunan baru itu dicetuskan oleh pertemuan antara Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang dan bekas pembantunya, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, kini Menteri Besar Terengganu.

Pada minggu yang sama, iaitu pada 8 Januari lalu, laman Facebook Hadi memuatnaik gambar-gambar memaparkan pertemuan beliau dan delegasi pimpinan kanan PAS dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Buletin Asia difahamkan, seorang penyokong setia perdana menteri juga mengatur pertemuan Hadi dengan Mahathir.

Walaupun Mahathir mengetuai PH, PKR dan DAP yang mengawal sebahagian besar 129 kerusi gabungan itu di Parlimen.

BERSATU hanya ada 26 kerusi, manakala PKR ada 50 kerusi dan DAP 42, dan Amanah 11.

Sebanyak 10 lagi kerusi milik sekutu PH di Sabah iaitu Warisan (9) dan Upko (1).

Dengan 18 kerusi PAS, pakatan Mahathir dan PAS akan ada 44 kerusi, atau 55 jika Amanah bersama mereka.

Ini belum mengambil kira penyokong-penyokong Mahathir yang terpendam dalam blok pembangkang lain, iaitu BN (41 termasuk 38 daripada Umno), dan Gabungan Parti Sarawak (18). – 20 Januari 2020

Sumber :  .https://www.buletinasia.com


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. lebeh baik bubarkan dan biar rakyat yg pilih semula itu lebeh afdal .

    BalasPadam