Header Ads

ads header

Flash News

Peguam Anwar ke Bukit Aman ketika Yusoff Rawther disoal


KUALA LUMPUR: Peguam Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh akan membawa notis tuntutan terhadap Muhammed Yusoff Rawther jika beliau tahu bekas kakitangan presiden PKR itu berada di Bukit Aman untuk dirakam keterangan melibatkan dakwaan salah laku seks anak guamnya.

Ramkarpal, yang tiba di Bukit Aman kira-kira 3 jam selepas Yusoff dan peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menemani Ronnie Liu dari DAP yang disiasat berhubung perjumpaan bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya.

Ketika ditemui pemberita, Ramkarpal berkata beliau cuba menyerahkan notis kepada Yusoff di alamatnya di Pulau Pinang tetapi gagal.

“Kami cuba menyerahkan notis tetapi ia dipulang ke pejabat saya dengan nota mengatakan dia tidak menetap di sana,” katanya.

“Kalau saya tahu dia akan berada di sini, saya bawa notis tuntutan,” tambahnya, dan berkata notis itu juga boleh diberikan kepada Haniff sekiranya beliau diarah Yusoff untuk menerimanya bagi pihaknya.

Yusoff tiba bersama Haniff untuk beri keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman yang sedang menyiasat dakwaan dalam akuan berkanunnya yang tular di media sosial.

Ronnie Liu (kiri) meninggalkan Bukit Aman bersama peguam Ramkarpal Singh.

Yusoff antara lain mendakwa dia diserang secara seksual oleh Anwar pada 2 Okt tahun lepas, tuduhan yang ditolak oleh pemimpin PKR itu.

Anwar, melalui notis tuntutan itu, mahu Yusoff menarik balik dakwaannya.

Sementara itu, Ramkarpal beritahu pemberita bahawa Liu dipanggil sebagai saksi dalam siasatan terhadap pertemuan bekas ahli PKM.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaaan kerana kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan