Header Ads

ads header

Flash News

Kongres AMK dicemari pergaduhan


Kongres Nasional Tahunan Pemuda PKR (AMK) di Melaka hari ini dicemari dengan pergaduhan antara perwakilan parti yang hadir dengan "pemerhati" berbaju hitam yang dikatakan hadir tanpa pas.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi di hadapan pintu masuk dewan apabila beberapa ahli PKR termasuk bekas pengerusi tetap kongres Mizan Adli Mohd Noor tidak dibenarkan masuk dewan.

Sekitar tengah hari, pergaduhan tercetus sekali lagi di dalam bangunan MITC, tempat kongres berlangsung, sebelum melarat ke luar dewan.

Seorang anggota PKR dilihat berdarah di hidung. Ada yang mendakwa kecederaan itu akibat ditumbuk, sementara dakwaan lain berkata ia akibat batu yang dilempar.



Sementara itu, beberapa pemuda berbaju hitam yang ditemu bual Malaysiakini tidak jelas dengan tujuan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa mereka datang dengan bas.

Ditanya tentang tujuan kehadirannya, Danial Iskandar, 21, sekadar berkata bahawa dia dimaklumkan ada 'reformasi'.




Danial juga percaya dia akan dibayar selepas kongres tiga hari itu selesai.

Untuk rekod pergaduhan antara kumpulan baju hitam dengan ahli PKR yang memakai baju korporat berwarna biru laut bermula dari pintu utama MITC di mana beberapa orang antara mereka dilihat bergasak antara satu sama lain.

Percubaan meleraikan pergelutan dengan membawa mereka yang bergasak ke pintu utama dewan kongres AMK bagaimanapun menyebabkan pergaduhan lebih besar apabila ada antara mereka yang ditolak sehingga mengenai meja makan yang diletakkan di perkarangan lobi.

Bagaimanapun selepas tamatnya sesi perbahasan dan ucapan dasar di dalam dewan beberapa minit kemudian, pergaduhan tercetus sekali lagi dan akhirnya meleret sehingga ke lobi hadapan MITC.

Sementara itu beberapa pegawai polis yang berada di kawasan kejadian dilihat tidak mengambil tindakan terhadap kedua kedua kumpulan itu.

Pihak polis juga enggan mengulas mengenai kejadian tersebut apabila ditanya mengenai perkara itu.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Kebodohan team mata dajjal,,,reformasi tok mu

    BalasPadam
  2. Mana ada reformasi, yang dok tengah berkongress tu reforbasi!

    BalasPadam
  3. Yang satu tu parti komunis, ada menteri2 mereka dikatakan punyai saudara mara gengster atau rangkaiannya?

    Yang ni pula parti gengster, ianya amalan biasa mereka bila berkongres?

    BalasPadam
  4. Parti serabut semburit forever mcm tulah jadinya

    BalasPadam