Header II

Header ADS

Jangan tunduk arahan perlahankan azan


JOHOR BAHRU – PEMBESAR suara di semua surau dan masjid di Johor tidak perlu diperlahankan, titah Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Arahan tersebut yang dikeluarkan menerusi surat bertarikh 29 September lalu dan tular dalam laman sosial serta disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Menerusi surat terbabit, Tunku Ismail berkata, masjid-masjid di seluruh negeri ini berperanan bagi melaksanakan program dakwah termasuk ceramah yang berperanan menyampaikan syiar Islam.

“Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingati umat Islam bahawa masuknya waktu solat di kawasan berhampiran.

“Penggunaan pembesar suara juga bagi menyampaikan tilawah al-Quran dan ceramah atau pengajian tertentu, maka penggunaan pembesar suara tidak perlu diperlahankan,” jelas beliau dalam surat terbabit.

Sebelum ini surat berbenaan tular dalam media sosial yang memohon agar sebuah masjid di daerah ini agar memperlahankan azan selepas terdapat aduan awam berhubung isu terbabit. Menerusi surat yang disahkan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad itu turut menegaskan bahawa peranan institusi masjid perlu dihormati dan diterima bagi setiap lapisan masyarakat tambahan Islam adalah agama rasmi di negeri ini.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Daulat Tuanku

    BalasPadam
  2. Perlembagaan Persekutuan perkara 3 (1) menyatakan dengan sangat jelas bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan (Malaysia) yang bermaksud Malaysia adalah negara Islam bukan negara sekular, liberal, kristian, hindu atau buddha dll.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tegas dalam suasana byk benda mengarut berlaku era malaysia baru.komunis,tatootelanjang...

    BalasPadam
  4. setuju tak perlu diperlahankan.

    Tetapi pihak surau juga perlu menaik taraf system pembesar suara yg ada di surau. jangan la masih gunakan system yg lama yg tidak boleh di kawal kualiti bunyinya.
    Tukarlah kepada system bunyi yg lebih berkualiti..
    kalau mampu ..tambahkan speaker di sekeliling surau/masjid dan diselaraskan tahap bunyinya supaya tidak terlalu kuat tetapi jelas didengari.

    kebanyakkan system suara disurau/masjid masih menggunakan system loud speaker yg membingitkan telinga tetapi kejelasan pertuturan tidaklah kemana.

    buat lah kajian sikit tentang system bunyi ni.

    BalasPadam
  5. Setuju dgn arahan tmj. Kesetiaan kpd raja dan negara.

    BalasPadam
  6. Hello,

    I’m Lesia with MGID, an experienced native advertising network.

    We are highly interested in cooperation with Mindarakyat and are ready to offer you the most beneficial terms. You'll get high CPM, flexible payouts, access to exclusive advertisers, and 24/7 support as a bonus.

    Would you like to continue in WhatsApp for easier communication or e-mailing is more comfortable for you?

    Best regards,






    Lesia Diska

    Publisher Development Manager for APAC, MGID Inc.



    Email: lesia.diska@mgid.com

    Line ID: lesia_di

    Skype: lesia240

    WhatsApp: +380634280921

    Website: mgid.com



    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.