Header Ads

ads header

Flash News

Sedih Utusan Melayu Henti Penerbitan


Dalam penerbitan terakhir Utusan Malaysia semalam (Rabu 9 Oktober 2019) tidak ada sebarang berita bahawa akhbar itu akan menghentikan operasinya pada hari ini. Format dan kandungannya masih biasa dengan tajuk utama pada halaman pertama `Ganjaran Pemandu Berhemah` yang menjadi berita utama juga bagi akhbar-akhbar lain.

Berita tentang akan berakhirnya operasi Utusan Melayu sama ada semalam atau pada hari ini dilaporkan oleh TV Saluran 501. Ternyata pengakhiran operasinya berlaku sejak semalam. Penulis dan mungkin pembaca-pembaca Utusan dan orang ramai turut merasa sedih di atas penutupan Utusan Melayu termasuk Kosmo. Sidang akhbar rasmi terakhir dilakukan oleh Pengarah Urusan terakhirnya Datuk Abd. Aziz bin Sheikh Fadzir.

Akhbar Utusan Melayu adalah akhbar Melayu tertua diterbitkan sejak 1939 yang syarikatnya ditubuhkan sejak 1938. Pengarah pertamanya ialah Yusuf Ishak yang menjadi Presiden Singapura pertama.

Menurut Datuk Abd. Aziz, Syarikat berusaha menyelamatkan operasi Utusan, antaranya dengan menjual aset-aset, menaikkan harga akhbar, tetapi pendapatan yang disasarkan tidak dapat mengatasi kos operasi. Tidak ada jalan lain daripada menghentikan operasi dengan keptusan dipersetujui bahawa pemiutang dari pekerja-pekerja dengan sukarela menghapuskan tuntutan bayaran gaji yang sebelumnya tidak dapat dibayar menurut tarikh sebenarnya. Seramai 862 kakitangan hilang punca pendapatan. Menurut Tan Sri Johan Ja`far Bekas Ketua Pengarang Utusan, kebajikan pekerja patut diberi perhatian. Namun menurut Datuk Abd. Aziz bahawa Utusan selepas ini akan menghadapi tindakan mahkamah dari berbagai pihak yang mempunyai hutang yang bakal dituntut. Pihak Utusan telah melantik Firma KHY Advisory. Kuala Lumpur bagi urusan.

Menurut Datuk Abdul Aziz Utusan mulai menghadapi masalah bermula dari bulan Mei 2018. Kalau kita ingat bahawa pada 9 Mei 2018 inilah Kerajaan Barisan Nasional mulai tumbang dikalahkan oleh Pakatan Harapan. Utusan adalah pendukng bagi kerajaan BN dan suara sokongan ini dapat dihayati ddukung Utusan sehingga ke akhir operasinya. Jelaslah bahawa akhbar yang menyuarakan pendapat pemerintah BN, khussusnya Umno, tidak dapat bertahan dengan kekalahan BN. Dalam kata lain Utusan hilang pendukung utamanya dari kerajaan yang memerintah sebelum PH. Dengan kekalahan BN Utusan hilang punca pendapatan, terutama dari iklan-iklan dari pengiklan-pengiklan yang berpihak kepada kerajaan. Umno dan BN kini hilang pendukung dan lidah utamanya. Atasan episod yang berlaku kita sama merasa dukacita.

Utusan pada hakikatnya adalah pembawa ubur hati nurani Melayu – namanya sendiri membawa nama Melayu – Utusan Melayu. Sudah tentulah ini merupakan pukulan bagi yang memperjuangkan `Maruah Melayu`, bahkan tlisan Jawi, yang penerbitan Utusan sehingga tahun 1980an terutama Utusan Zaman adalah di dalam tulisan Jawi.

Dilihat dari satu segi nama Melayu makin terhakis dari Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia, akhbar Utusan Melayu bertukar Utusan Malaysia, tulisan Melayu (Jawi) kepada rumi (1966) dan beberapa istilah Melayu lagi terhakis.

Dari pembicaraan di atas memperlihatkan betapa rapuhnya Melayu, dari kuasa yang memerintah yang Melayu sebagai majoriti, tumbang dalam pilihanbraya yang membawa sama terkuburnya Utusan Melayu. Adalah diharapkan dengan berakhirnya Utusan Melayu semangatnya tidak terhapus, sebaliknya akan bangkit pendukung-pendukung yang mau mempertahankan Maruah Melayu memberi suntikan dan pendekatan yang terus memperkasakan imej dan maruah Melayu.
Sekian.

Dr Shafie Abu Bakar




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan