Header Ads

ads header

Flash News

Putrajaya kaji kembalikan PPSMI, kata Dr M


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji secara terperinci cadangan untuk pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kajian itu perlu dilakukan kerana penggunaan Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.

“Kementerian Pendidikan sedang mengkaji secara terperinci pelaksanakan semula dasar ini dengan menyediakan sistem baru yang digunakan melalui IT iaitu pengajaran yang direkod oleh guru yang terbaik yang akan diguna di semua sekolah, supaya kecekapan guru yang terbaik dapat dinikmati semua murid.

“Kementerian Pendidikan juga mengambil kira kepentingan penguasaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, kerana bahasa Iggeris sudah menjadi bahasa antarabangsa dan diperlukan untuk pengurusan dan perusahaan.

Penguasaan bahasa Inggeris diambil kira dalam peluang pekerjaan,” katanya menjawab pertanyaan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta pendirian kerajaan berhubung PPSMI sama ada ia akan diperkenalkan semula.

Mahathir berkata, pelbagai pandangan diutarakan pelbagai pihak termasuk mereka yang menyokong dan menentang pelaksanaan semula PPSMI.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut memberi gambaran subjek Sains dan Matematik lebih sesuai dalam bahasa Inggeris kerana ia diterokai orang berbahasa Inggeris.

“Kita menerima pelbagai nasihat dan pandangan, ada ramai yang nak supaya pelajaran Sains dan Matematik dibuat dalam bahasa Inggeris, ada juga berkeras untuk terus dalam bahasa Melayu.

“Sains dan Matematik bukanlah sesuatu yang diterokai dalam bahasa Melayu, sebaliknya diusahakan oleh orang yang berbahasa Inggeris, kalau tak faham bahasa Inggeris itu agak sukar untuk kita terjemah dalam bahasa Melayu, sebab itu kalau belajar bahasa yang digunakan oleh peneroka ilmu, maka ini dapat diakses secara langsung,” katanya.

Terdahulu, kesatuan guru membantah rancangan melaksanakan semula PPSMI, dasar yang dilaksanakan pentadbiran Mahathir pada 2003 sehinggalah ia dihentikan pada 2012 berikutan bantahan meluas.

Rasional dasar itu penguasaan bahasa Inggeris akan memudahkan perolehan ilmu dalam bidang sains dan matematik, tetapi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata ia tidak menyelesaikan masalah asas penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan pelajar.

Presidennya, Amiruddin Awang sebaliknya menggesa kerajaan mengatasi kebimbangan mengenai kualiti guru dan mengkaji semula sukatan pelajaran dan mata pelajaran bahasa Inggeris.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dah sahih gagal masih juga nak dibuat semula. Ko berurusan dgn China, ko pi Jepun, dua dua negara ni mana peduli bahasa inggeris. Tapi ko kata penting utk era globalisasi. Kalau ko suruh budak-budak mahir mandarin ka atau jepun ka aku faham lah juga walaupun aku tak suka. Ko pun dikira PM sahih gagal, tapi yang bebal lantik ko balik. Itu pun aku tak faham juga.entahla...

    BalasPadam
  2. madet ni memang bebal... Bahasa sampah diangkat... Bahasa sendiri disampahkan.
    sampah masyarakat betul la.. tak habis2 menyusahkan rakyat.

    BalasPadam