Header Ads

ads header

Flash News

Polis siasat Wan Ji kerana disyaki fitnah


Polis kini menjalankan siasatan terhadap pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya dipukul semasa dalam penjara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad mengesahkan pihak penjara telah membuat laporan terhadap Wan Ji dan perkara itu sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengesahkan bahawa polis menyiasat pendakwah itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wan Ji dipenjarakan pada 9 Julai selepas rayuannya terhadap sabitan menghasut gagal, di mana beliau dituduh menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mahkamah Tinggi Shah Alam juga meningkatkan hukuman penjara daripada 9 bulan kepada 12 bulan dan mengarahkan agar hukuman berkuat kuasa serta merta.

Selepas berjaya mendapatkan penangguhan hukuman, Wan Ji mendakwa dia dipukul seorang warden di penjara.

"(Dia suruh) Buka spec. Dah buka, tu bam bam, tiga kali dia bagi. Apa salah aku? (Warden) Yang lain gelak-gelak, bukan nak halang pun," katanya.


MR :  Dia cakap penipu, dulu kata video nak jatuhkan sultan itu fitnah bukan dia. Sebelum ini pernah jadi ahli PAS bocor maklumat mesyuarat Dewan Ulama'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan