Header Ads

ads header

Flash News

Najib Dedah Kit Siang Cadangkan Penubuhan BERSATU


PENDANG – Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengenai asal usul penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah hasil cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan perkara tersebut semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di sini malam tadi sekali gus sebagai reaksinya terhadap pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang mempelawa parti-parti politik Melayu menyertai BERSATU.

Dakwanya, cadangan Kit Siang itu dilontarkan dalam satu mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain sebelum tertubuhnya Bersatu yang kemudian menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya.

“Saya hendak dedahkan asal usul parti bunga ini (BERSATU) ditubuhkan. Saya belum pernah cerita lagi, malam ini, saya hendak cerita siapa agaknya yang mencadangkan penubuhan BERSATU ini.

“Saya sudah jumpa orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan, orang itu hari ini sudah bersama kita. Banyak kali dia datang jumpa saya dan memaklumkan yang mencadangkan BERSATU ditubuhkan adalah Lim Kit Siang.

“Ayat Lim Kit Siang “Tun apa kata anda tubuhkan satu parti Melayu baharu”. Maknanya dalam kepala DAP, Kit Siang hendak jatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN), pecah belahkan orang Melayu, peralatkan orang Melayu sendiri dan gunakan orang Melayu sebagai alat untuk menjatuhkan orang Melayu sendiri.

“Saya boleh sahkan, ini bukanlah andaian, ini telah berlaku dan akibatnya bila 10 peratus undi UMNO berkurangan (tidak mengundi BN), sudah cukup untuk kita tumbang dalam pilihan raya lalu,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob.

Justeru Najib mempersoalkan siapa sebenarnya yang memecah belahkan orang Melayu dan termakan dengan hasutan DAP.

“Sebab itu hari ini, bukanlah kita hendak masuk bersama BERSATU, tetapi kita perlu memperkukuhkan UMNO kerana inilah satu-satunya parti bersama PAS yang menyelamatkan masa depan kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE
MR :  Bukan aje BERSATU, AMANAH pun cadangan DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan