Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa kerajaan PH tak guna pakal cadangan Tony Pua pada 15 November 2016.. Atau cadangan itu sekadar kencing pengundi?


Soalan saya di Dewan Rakyat pagi ini mengundang rasa tidak senang pemimpin kerajaan sehingga Ahli Parlimen Kota Melaka (PH) terpaksa membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

Kononnya soalan saya tidak relevan dan melanggar Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat. Malah, jumlah perkataan soalan turut dipersoalkan.

Isu pokok di sini ialah mengenai projek ECRL.

Saya hanya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan :-

(a) apakah komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak lagi dilaksanakan selepas kos terdahulu RM65.5 bilion dikurangkan kepada RM44 bilion. Bukankah ini satu pengecilan skop (downsizing) yang pasti akan mengurangkan kos pembinaan dan ianya bukan penjimatan berdasarkan skop asal; dan

(b) kenapa Kerajaan tidak mengguna pakai cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pada 15 November 2016 yang menganggarkan kos sebenar ECRL hanya RM29 bilion sahaja.

Sementara soalan tambahan saya ialah mengenai dakwaan Tony Pua yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion.

Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'.

https://www.thestar.com.my/…/neither-mrl-govt-claimed-rm21…/

Ini bermakna, tohmahan Tony Pua (kini Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kononnya RM25 bilion digelapkan daripada projek ini terbukti satu penipuan.

https://www.roketkini.com/…/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rend…/

Saya juga bertanya, jajaran ECRL kini tidak lagi melalui Gombak dan Bentong sebaliknya beralih ke Putrajaya dan Jelebu. Jadi apa perubahan trafik dan ramalan pendapatan (revenue) ECRL?

Jajaran turut dipendekkan, tidak lagi sampai ke sempadan Thailand. Apa pula kesan atau implikasi dari sudut aliran trafik kargo dari selatan Thailand? Tidakkah ia menjejaskan implikasi ECRL itu sendiri dan juga pelabuhan Kuantan?

Nampaknya Menteri tidak mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan secara spesifik.

Apa yang dapat kita rumuskan ialah :

1. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata jajaran ECRL yang pada asalnya sepanjang 688km dipendekkan kepada 648km bukanlah pengecilan skala projek (downsizing).

2. Kerajaan PH menolak formula Tony Pua (kini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng) yang kata kos untuk projek ECRL sepatutnya lebih rendah iaitu RM29 bilion.

3. Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'. Jadi, dakwaan Tony Pua, Rafizi Ramli dan Dr Hatta Ramli yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion terbukti satu penipuan.

FB
Wee Ka Siong



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Pelanggan yang dihormati,
    Expert Funding Inc. Adalah penyelesaian pembiayaan pasti yang menawarkan semua jenis pinjaman perniagaan besar / kecil, dan pinjaman peribadi untuk pengubahsuaian rumah dan penyatuan hutang. dari $ 5,000 hingga $ 250,000 atau lebih, dengan kadar faedah yang berpatutan 2% / Tanpa denda pembayaran awal atau lewat, kelulusan 24 hingga 48 jam. untuk memohon hantarkan mesej kepada kami melalui E-mel: expertfundinginfo@gmail.com

    BalasPadam
  2. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    BalasPadam