Header Ads

ads header

Flash News

Dana GST 'dirompak': Pembangkang bawa usul rujuk Lim ke j'kuasa parlimen


Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob memulakan usul untuk merujuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana menurutnya telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang mendapati bayaran balik GST - yang didakwa Lim telah "dirompak" oleh pentadbiran BN - tidak hilang.

"Laporan PAC (yang dibentang di Dewan Rakyat) hari ini (menunjukkan) tidak ada kehilangan wang atau wang dirompak (seperti didakwa) seperti didakwa menteri.

"Dengan itu saya memohon untuk merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ," katanya hari ini.
Iklan

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming kemudian meminta Ismail Sabri menyatakan sebab untuk berbuat demikian secara bertulis.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) kemudian menggesa Dewan Rakyat untuk menjamin keputusan akan dibuat dalam sidang kali ini, yang akan berakhir Khamis ini.

"Saya harap anda boleh beri jaminan perkara ini boleh dibahaskan di Dewan dalam sidang kali ini," katanya.

Bersetuju dengan gesaan itu, Ismail Sabri yang juga anggota parlimen Bera berkata ia perlu dibahaskan segera, kerana ia perkara serius yang melibatkan integriti pentadbiran lalu.

"Saya beri jaminan keputusan akan dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan mesyuarat," kata Nga kemudian.

"Jika peraturan mesyuarat mengkehendaki keputusan dibuat sidang kali ini, maka ia akan dibuat (begitu)," katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan