Header Ads

ads header

Flash News

Bapa Adib tuduh peguam negara halang peguam jalan tugas


PETALING JAYA: Bapa arwah anggota bomba Muhammad Adib Moh Kassim mendakwa peguam negara cuba menghalang Syazlin Mansor daripada menjalankan tugasnya sebagai peguam pemerhati dalam inkues kematian anak beliau.

Mohd Kassim Abdul Hamid juga memfailkan permohonan ex-parte meminta prosiding komital dijalankan terhadap Tommy Thomas dengan berkata, beliau melakukan campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan.

Beliau berkata, prosiding inkues terpaksa ditangguhkan kerana (campur tangan) itu, merujuk kepada penangguhan selama sebulan apabila Syazlin menarik diri daripada mewakili keluarga Adib.

Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Koroner Shah Alam, Selasa, Kassim juga menuduh Tommy secara salah mengambil pendirian dan membuat keputusan pramatang bagi pihak Jabatan Peguam Negara tentang punca kematian Adib.

Beliau berkata, selepas Tommy mengarahkan diadakan inkues ke atas kematian Adib tahun lepas, Syazlin ditugaskan mewakili 3 pihak, iaitu keluarga Adib, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba).

Peguam negara, atau mana-mana pihak tidak membantah perkara itu pada masa itu, kata beliau.

“Bagaimanapun, pada hari ke-35 prosiding, iaitu pada 27 Mei 2019, peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili KPKT, Bomba dan keluarga Adib,” katanya dalam permohonan itu yang dilihat oleh FMT, merujuk kepada kementerian terbabit dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, selepas dijelaskan oleh kementerian bahawa Syazlin menarik diri berikutan arahan Tommy bahawa beliau tidak boleh mewakili 2 badan kerajaan itu, peguam negara mengeluarkan satu kenyataan yang menggariskan sebab beliau diingkirkan.

Dengan berkata bahawa Syazlin mengambil bahagian aktif dalam inkues berkenaan dan sering bercanggah dengan kedudukan timbalan pendakwa raya, maka adalah jelas Tommy telah mengambil pendirian berhubung punca kematian Adib.

“Setiap dan semua teori mengenai punca kematian hendaklah dibenarkan untuk diteliti dan diperiksa dalam prosiding inkues,” katanya, selain menambah bahawa justifikasi Tommy bersifat remeh, tidak relevan dan sengaja dibuat pada masa inkues sudah hampir tamat.

Beliau berkata, Tommy memberitahu Syazlin supaya meninggalkan tugasannya hanya selepas beliau memanggil seorang ahli patologi sebagai saksi pakar yang memberi keterangan bahawa Adib ditarik keluar dari van khidmat bantuan perubatan kecemasan (EMRS) dan dipukul.

Beliau juga merujuk kepada afidavit timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah kepada Mahkamah Rayuan pada April tahun ini yang berkata, kematian Adib bukan kerana dipukul.

Ia juga berkata, ahli patologi forensik yang memberi keterangan kepada inkues itu turut berkata bahawa kematian Adib bukan kerana dipukul.

“Ini merupakan satu lagi kenyataan pramatang yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara yang berada di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Tommy Thomas, sewaktu proses penyiasatan melalui inkues masih berjalan dan (belum membuat) apa-apa keputusan,” katanya.

Adib merupakan anggota satu pasukan bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Maha Mariamman di Seafield pada 27 November tahun lepas untuk memadamkan kebakaran yang dimulakan oleh perusuh pada malam tersebut.

Beliau yang berusia 24 tahun meninggal dunia 3 minggu kemudian semasa dirawat di Pusat Jantung Negara.

Koroner Rofiah Mohamad, yang juga merupakan koroner dalam inkues Adib, akan membuat keputusan Rabu depan sama ada akan membenarkan permohonan ex-parte itu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan