Header Ads

ads header

Flash News

Mizz Nina Cuba Buang Gambar Dan Video Lama Di Internet


Penyanyi yang kini aktivis kemanusiaan dan sudah berhijrah, Mizz Nina, 39, tetap positif walaupun gambar dan video lamanya ketika dia belum menutup aurat masih lagi ‘bertebaran’ di Internet termasuk YouTube.

Nina berkata, sebelum ini dia dan suami, Noh Salleh sudah berusaha sedaya-upaya meminta pihak terbabit memadam gambar dan video berkenaan.

“Mungkin ada hikmahnya. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Kami sudah berusaha meminta supaya video dan gambar lama itu dipadamkan mengikut prosedur yang kami tahu. Justeru, saya kini positif dan akan terus berusaha lagi. Malah, saya juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik,” katanya.

Pada April lalu, Noh ada berkongsi luahan meminta pihak media dan industri seni supaya memadan dan tidak lagi menggunakan video lama dan gambar Nina yang tidak menutup aurat sebelum ini lapor HMetro.

Dalam pada itu, Nina juga tidak mahu lagi menjadi penyanyi walaupun menyanyikan lagu-lagu kerohanian.

“Saya tak akan menyanyi lagi. Saya suka dengan kehidupan sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan. Biarlah suami saja yang terus aktif dalam karier nyanyiannya dan saya sekadar menyokong Noh dari belakang,” katanya.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia sekarang menyimpan impian untuk menyiapkan buku biografi mengenai diri dan penghijrahannya.

“Saya sudah menulisnya sejak beberapa tahun lalu tetapi hingga kini nampaknya belum lagi berjaya disiapkan kerana saya menulis apabila ada ilham.

“Lagipun, saya tidak mahu terburu-buru menyiapkannya kerana dalam buku itu ada banyak perkongsian berkaitan diri saya sendiri. Perubahan dari dulu ke sekarang,” katanya.

Nina pernah aktif sebagai penyanyi terutama genre hip hop dari 1999 hingga 2012 bersama kumpulan Teh Tarik Crew dan penyanyi solo.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Noh yang juga penyahyi Hujan pada 2011. Pasangan ini sudah mengerjakan Haji pada 2013 dan kini Nina lebih cenderung mendalami ilmu agama serta terbabit dengan misi kemanusiaan.
MR :  Buang yang keroh ambil yang jernih


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Alhamdullilah moga kekal jangan jadi tren separoh artis hangat hangat taik ayam .

    BalasPadam
  2. Yang mana teringin jadi artis tu ambik tauladan dari kisah ni sama.

    walaupun dah berubah, tapi nak buang kisah jahiliyah zaman muda tu jadi susah..gambar dh tersebar, video dan sebagainya.
    walaupun dah bertudung, tapi gambar masa belum bertudung akan tetap dijaja... ye la, gambar sendiri tapi bukan hak sendiri.

    tengok mak iti kita... gambar beliau masa umur 18 (tak bertudung) masih ada sampai harini.. video beliau masih ada, nasib baik beliau takda kontroversi atau jahiliyah teruk masa muda dulu.
    tak la teruk sangat damage control.

    Maaflah komen panjang..
    Sebab ramai sgt zaman ni artis wannabe ..
    produk melayu zaman sekarang ni hiburan ja.

    dilingkupkan dari kecik - BINTANG KECIL / CERIA ALL STARs

    bila dh remaja ditambahkan perasa - AF / LG stars dan bermacam star lagi lah..

    Bila dh tua.. Dilingkupkan lagi dan lagi. - Kilauan Emas dll

    3 generasi dh dilagho dengan hiburan non-stop.

    BalasPadam