Header Ads

ads header

Flash News

Azmin kena sabar, dekatkan diri dengan Allah, kata PAS


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan menteri hal ehwal ekonomi agar tidak melatah ketika kekecohan isu video seks membabitkannya.

Timbalan presiden PAS meminta Datuk Seri Azmin Ali bersabar ketika berdepan fitnah video intim itu dan mendekatkan diri dengan Allah, lapor Utusan Online.

“Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah sebut, kalau ribut tengah kuat, tundukkan kepala, kita kena tenang,” kata beliau seperti dilapor semalam.

“Sama juga dalam kes ini, kena sabar, dekatkan diri dengan Allah [dan] doa kepada Allah supaya dibuktikan dan fitnah-fitnah itu akan hilang”.

Wakil rakyat Kubang Kerian juga mengesyaki video itu ditularkan demi mengalih perhatian rakyat agar melupai isu ekonomi atau isu pertelingkahan dalaman.

Justeru, Tuan Ibrahim mengarahkan anggota dan pemimpin PAS agar tidak terperangkap dengan isu penularan video intim tersebut.

“Ini sebagai satu kaedah untuk mengalihkan isu atau agenda pihak-pihak tertentu untuk naik, konflik dalaman dan sebagainya, ada kemungkinan,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. tak payah nasihat nanati kena kecAM Focus pada kerja biar mereka selesaikan masalah sendiri bukan mereka tak ada penasihat agama ramaiyang hebat hebat mufti pon ada pakar hadis pon ada . Lebeh lebeh lagi PM on his side nothing to woory .

    BalasPadam