Polis serbu pusat pelacuran peraga wanita 'dalam akuarium'
Sindiket pelacuran yang memperagakan pekerja seks wanita di belakang cermin seperti 'akuarium' tumpas dalam operasi di Petaling Jaya, tengah malam tadi.
Sindiket pelacuran beroperasi di sebuah pusat urut di Taman Bukit Mayang itu diserbu dalam Ops Noda bermula 12.30 tengah malam tadi, yang dijalankan satu pasukan dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melibatkan dua pegawai serta 10 anggota.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor DSP Azmi Syukor, berkata 11 wanita warga asing terdiri daripada lapan warga Vietnam dan tiga rakyat China ditahan dalam operasi itu.
Beliau berkata turut ditahan 12 pelanggan dan dua penjaga premis warga tempatan, selain polis merampas pelbagai barang seperti minyak urut, tuala, tisu serta wang tunai berjumlah lebih RM2,000.
"Semua ditahan berusia antara 25 dan 35 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan ada antara wanita warga asing cuba melarikan diri ke tingkat dua premis berkenaan, namun tidak berjaya.
Azmi berkata siasatan mendapati premis tersebut menawarkan khidmat pelacuran sejak dua minggu lepas.
“Sindiket ini mempromosikan kegiatan pelacuran melalui aplikasi WeChat, namun mereka turut berhati-hati dengan hanya membenarkan pelanggan tetap dan dikenali sahaja untuk masuk ke premis terbabit.
“Mereka kemudian akan pamerkan wanita-wanita itu di sebalik cermin kaca untuk membolehkan pelanggan membuat pilihan dengan mengenakan caj bermula RM150 sejam untuk khidmat urut dan seks,” katanya.
-Bernama

MR : Makin hebat semenjak PH memerintah, Ini kesan dakwah parti AMANAH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Maksiat, kencing dan kesesatan adalah 'kemajuan ' yang dibawa oleh Pakatan Hancing.
BalasPadamx dpt duit ler tu la ni baru nampak kes macam ni wujud padahal dah jenuh dah dia org beroperasi
BalasPadam