Header Ads

ads header

Flash News

Permohonan maaf Dr Mohd Asri tidak memadai - Ahmad Fadhli


PASIR MAS: PAS menyifatkan permohonan maaf dibuat Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung tindakan memuat naik dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia bersama Presiden PAS dan mengenai kes bakar kereta miliknya di laman sosial Facebooknya pada Mac lalu, masih tidak memadai.

Sebaliknya, Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Mufti Perlis itu perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali Facebook milik beliau (Dr MAZA.com) kerana setiap perkara dimuat naik itu memberi impak besar.

Pada masa sama, katanya, Mohd Asri perlu mendedahkan siapa pengendali Facebook berkenaan yang bertanggungjawab memuat naik gambar terbabit kepada umum.

“Dalam kes ini, tiga anggota Jabatan Amal Malaysia ditahan untuk diambil keterangan dan ia dimuat naik di Facebook Mufti Perlis itu seolah-olah anggota berkenaan sudah didapati bersalah.

“Ini perbuatan melampau terutama Mohd Asri mempunyai kedudukan dan sangat tidak sesuai. Sebab itu, permohonan maaf yang dibuatnya tidak mencukupi.

“Pada masa sama, kita beranggapan apa yang dimuat naik pengendali Facebook Mohd Asri disebabkan terikut-ikut dengan status berkias yang dimuat naik Mufti Perlis itu sendiri sebelum ini,” katanya selepas program Ceramah Badar di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh, di sini, tengah malam tadi yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, Mohd Asri memohon maaf berhubung dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia bersama Abdul Hadi dimuat naik dalam Facebooknya dan kejadian bakar kereta miliknya pada 22 Mac lalu.

Gambar terbabit dimuat naik pengendali laman Facebook Mohd Asri, semalam sehingga mengundang kecaman PAS, sebelum ia dipadamkan.

“Saya mewakili laman ini memohon maaf jika ada persepsi salah diberikan sebelum laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikeluarkan berkaitan isu ini.

“Kita hendaklah menunggu kenyataan rasmi PDRM. Secara peribadi, saya percaya Presiden PAS dengan kedudukan beliau, tidak mungkin memberikan arahan jahat seperti itu. Pihak lain mungkin patut disiasat,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali Facebook berkenaan.

MR :  Admin laman peribadi macam mempunyai kuasa.. tapi hakikatnya adalah tangan-tangan ghaib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Saman Fadhli jangan tak saman. Teruskan. Kamu gagah perkasa. Peduli apa lagi. Teruskan.

    BalasPadam
  2. Saman aje less talk more action. PAS tak perlu berlembut kena tegas. Takkan selalu beralah.

    BalasPadam