Header Ads

ads header

Flash News

Ekonomi Malaysia Lebih Buruk Ditangan Guan Eng


Pakatan Harapan (PH) sewaktu bergelar pembangkang, mereka mengangkat diri sebagai pakar ekonomi. Pantang saja tukaran ringgit jatuh berbanding Dolar Amerika, pasti mereka berbunyi semesta alam. Dengan segala jenis formula langit meluncur laju terpacul keluar dari bibir mereka.

Maka, dengan bermodalkan air liur dan formula langit mereka, rakyat termakan janji manis lantas memangkah mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

Harapan tinggal harapan. Selepas setahun berlalu, rupa-rupanya, formula langit tiba-tiba tidak menjadi. Janji manis, tiba-tiba terasa kelat pahit.

Janji ringgit naik sekiranya Najib Kleptokrat jatuh tidak terrealisasi.

Impian harga barang turun bila GST hapus juga tinggal impian semata.

Tol selepas raya dijanji tiada, hingga nak raya tahun ini masih tersergam indah.

Janji bawa peluang kerja sehingga tidak perlu lagi rakyat bangun 3 pagi seberang tambak Johor akhirnya tidak kesampaian juga, yang dibawa dari artis dari seberang tambak yang dibawanya.

Saya kira, persepsi melantik Cina ‘akauntan’ sebagai tukang urus wang negara adalah sebuah kegagalan.

Bayangkan, amaran demi amaran diberikan oleh agensi dan badan analisis kewangan dan ekonomi dari dalam dan luar negara sejak Oktober 2018 - selepas lima bulan selepas Malaysia Baharu.

Media Utama Jepun, Nikkei memberi gambaran Malaysia menghadapi situasi ekonomi yang lembab menyebabkan ramai Foreign Direct Investors (FDI) lari keluar dari Malaysia.

Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Moody’s awal tahun ini juga mengunjurkan hutang dan defisit negara semakin meningkat dan bakal menjejaskan Sovereign Credit Rating negara. Natijahnya, institusi kewangan Jepun Nomura sekali lagi membuat tamparan kepada Malaysia dengan menurunkan penarafan saham Malaysia.

Mac yang lalu, Bloomberg mengeluarkan dua laporan berturut-turut menyatakan bahawan Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang mencatatkan penurunan. Berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia yang naik 3%-5%, ekonomi kita susut lebih 1%!

Terkini, Guan Eng terkantoi lagi, apabila menyamakan penjualan asset ekuiti negara dengan pelaburan langsung asing (FDI) terrealisasi!

Alangkah dangkalnya manipulasi yang di’endorse’ oleh ‘akauntan’ DAP itu! Saya melihat Guan Eng mengambil jalan mudah untuk mendapat kredit.

FDI pada asasnya adalah untuk memastikan negara perumah (host country) mendapat manfaat yang lebih banyak dari segi jangka masa pendek atau panjang.

Antara strategi menarik FDI adalah memperkenalkan dasar-dasar ekonomi negara yang mampan dan menyakinkan pelabur luar, mengekalkan kestabilan ekonomi melalui pemerintahan yang baik, dan polisi-polisi kerajaan yang tidak ‘flip-flop’.

Walaubagaimanapun, menjual asset kepunyaan negara yang dibuat Guan Eng bukanlah salah satu strategi yang baik! Ianya jalan mudah bagi seorang berstatus Menteri Kewangan!

Jadi persepsi mengatakan bahawa dengan melantik ‘akauntan DAP’ itu mampu menyelamatkan negara, adalah satu kegagalan yang abadi!

Umum juga mengetahui, Guan Eng juga gagal membawa representasi yang baik sebagai Menteri Kewangan apabila kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mesra pelabur. Malah Guan Eng juga pernah menuduh agensi penarafan dan badan kajian ekonomi dunia sebagai penipu apabila mereka menyatakan ekonomi Malaysia berada diambang kemelesetan!

Maka tidak hairanlah, jika salah satu faktor mengapa pelabur luar dan agensi penarafan kredit pandang sebelah mata dengan Malaysia adalah kerana ketidakyakinan mereka terhadap dasar ekonomi Malaysia dan ketidakupayaan barisan pentadbir negara yang tidak berpengalaman dan cakap tak serupa bikin.

Jadi persoalannya, dimanakah perginya ‘kebijaksanaan’ dan ‘formula langit’ yang dahulu kedengaran semesta alam ketika mereka ini di pentas ceramah pembangkang suatu ketika dahulu?

Fikir-fikirkan…

Hazwan Mohamad,
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA.
Presiden Professional Muslim Community (PMC).



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Tak di sangka sungguh bahaw lge bodoh sebegitu rupa. Orang cina bukan semua cerdik,,bodoh pun banyak mcm lge dan kit siang. Org2 pan bangga bila lge jadi menteri kewangan, rupanya2 lebeih bodoh drpd si dungu lagi. Maklumlah,,akauntan bertauliah pun menipu. Tahniah ds najib, anda memang hebat,,lge tolol ni hanya pandai jual aset negara,,terutama aset org melayu. Celaka lah bagi org pan,ppbm,pkr yg lebih mempercayai org kafir daripada saudara seagama.

    BalasPadam
  2. LGE sememangnya tidak layak diktiraf sebagai akauntan.. Tiada kelayakan pun untuk beliau menggunakan title akauntan..

    BalasPadam